Kenapa tak setuju berdakwah dipusat hiburan?

Berita sebelum ini: JAIS tak bersetuju Dr Asri berdakwah di pusat hiburan.

Ipoh, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir, menyatakan bahawa, beliau amat bersetuju dengan cadangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ingin berdakwah di pusat-pusat hiburan bagi menyampaikan risalah Islam kepada pengunjung-pengunjung pusat hiburan.

Beliau menyatakan hasrat murni seperti ini harus diberi sokongan oleh semua pihak terutama para ahli ilmuan Islam dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, IKIM, Pusat Islam dan sebagainya, cadangan ini adalah menepati dengan sasaran dakwah yang sebenar. kerana antara ciri-ciri dakwah itu ialah pendakwah, upendekatan berdakwah, seruan untuk didakwah dan orang yang hendak didakwah.

Continue reading “Kenapa tak setuju berdakwah dipusat hiburan?”

Dr. Asri diikat jamin RM3,000

 KUALA LUMPUR 18 Nov. – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini menangguhkan kes Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ke 5 Januari depan dan jaminan terhadap bekas Mufti Perlis itu ditetapkan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.

Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. -Utusan

Bekas Mufti Perlis dibicara di Mahkamah Rendah Syariah

KUALA LUMPUR 18 Nov. Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bersama-sama bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pada kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

Turut hadir di mahkamah ialah hampir 50 orang penyokong bekas mufti itu.

Dijangkakan hampir 400 orang lagi akan hadir dari Perlis untuk menyokong beliau.

Continue reading “Bekas Mufti Perlis dibicara di Mahkamah Rendah Syariah”

Takut Hantu Wahabi!

Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

ADA beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.

Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.

Continue reading “Takut Hantu Wahabi!”

Jais dakwa Asri 18 Nov, bukan hari ini

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin hanya akan didakwa 18 November ini dan bukannya hari ini seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memperoleh tarikh itu dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas menfailkan kertas pertuduhan terhadap Asri semalam.

Sehubungan itu, Jais akan mengenakaan dakwaan secara rasmi ke atas Asri yang ditahan 1 November lalu kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Continue reading “Jais dakwa Asri 18 Nov, bukan hari ini”

Asri dijangka didakwa Jumaat ini

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, penolong pengarah perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri “hampir siap”. 
 Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Continue reading “Asri dijangka didakwa Jumaat ini”

”Saya bukan ajak…… saya suruh masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib

Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Continue reading “”Saya bukan ajak…… saya suruh masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib”

PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr Asri

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

Continue reading “PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr Asri”

‘Jais guna kuasa untuk elak berhujah secara ilmiah’

okongan kepada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertambah lagi apabila dua badan bukan kerajaan, Forum Profesional Muslim (MPF) dan Barisan Perubahan Islam (IRF) melahirkan sokongan kepada Asri dan mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Badan tersebut mengkritik Jais sebagai menggunakan kuasa kerana tidak mampu untuk berdabat secara ilmiah dalam menangani isu pentauliahan Asri untuk mengajar agama di negeri Selangor.

Continue reading “‘Jais guna kuasa untuk elak berhujah secara ilmiah’”

Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan

Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ dilancarkan oleh pengurus artis, Aszuad Zakaria semalam. -foto mStar
SEJAK timbulnya isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas dakwaan berceramah tanpa tauliah, ramai pihak termasuk rakan artis yang bersimpati dan menyokong bekas Mufti Perlis itu.
Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.
Bagi Aszuad, 39, dia telah lama mengikuti perkembangan Dr Asri sejak dulu lagi dan apabila berlaku kontroversi sekarang, dia nekad untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong Dr Asri.
Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri.
Aszuad berkata dia telah lama memikirkan untuk membuka laman web itu sebelum melihat ada sebuah laman web kelab penyokong lain yang menggunakan nama penuh Dr Asri “Dr Asri Zainul Abidin” yang telah berjaya mengumpul lebih 4,000 peminat.
Aszuad Zakaria meminati dan menyokong Dr Asri sejak dulu lagi. -foto ihsan ASZUAD
“Saya baru sahaja menyiapkan laman web kelab penyokong itu. Sebelum ini memang saya nak buat tetapi apabila saya pantau di internet, sudah ada orang yang membuka kelab penyokong Dr Asri.
“Saya bimbang juga kalau saya buat yang baru nanti seolah-olah seperti meniru pula. Tetapi saya nekad juga untuk membuatnya atas dorongan kawan-kawan,” katanya yang mengikuti ceramah Dr Asri di YouTube dan blog.
Aszuad yang pernah mengurus penyanyi Imran Ajmain ini menambah, sesetengah rakan-rakannya yang menyokong Dr Asri juga melakukan perkara yang sama jika mereka tidak berkesempatan menontonnya secara langsung.
“Saya juga mendapat tahu tentang perkembangan Dr Asri menerusi blog dan YouTube. Misalnya apabila dia berada di luar negara,” ujarnya yang turut aktif melawati blog Dr Asri.
Jelasnya lagi, dia semakin teruja untuk mengenali Dr Asri selepas mendapat tahu daripada rakan artis seperti kumpulan nasyid Rabbani.
“Saya hormati dengan pendekatan yang Dr Asri gunakan,” tuturnya yang menyarankan kepada semua penyokong pensyarah USM ini supaya sama-sama menyertai kelab ini di FaceBook.
Aszuad turut menggalakkan rakan-rakan artis di bawah pengurusannya, penyanyi Naizle, Sabhi Saddi dan kumpulan nasyid In Heart untuk turut sama menyokong tokoh agama itu.
Sesiapa yang berminat, bolehlah sertai Kelab Penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di FaceBook.
Sementara itu, Dr Asri meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan peminat.
“Terima kasih di atas semua sokongan. Saya menghargai semua sokongan yang diberi,” kata Dr Asri.

SEJAK timbulnya isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas dakwaan berceramah tanpa tauliah, ramai pihak termasuk rakan artis yang bersimpati dan menyokong bekas Mufti Perlis itu.

Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.

Continue reading “Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan”