Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.
Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.
“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

SHAH ALAM: Hasrat Elis Syuhaila Mokhtar untuk memegang dan memeluk anak lelakinya yang berusia lima tahun masih tidak tercapai walaupun Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberikan beliau hak penjagaan anaknya yang dilarikan suamike Belgium.
Ini kerana sehingga kini Elis, 34, seorang bekas pensyarah, masih gagal menjejaki anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven sejak dilarikan suaminya, Frank Theodorus Van De Ven@ Firdaus, 40, seorang warga negara Belanda pada 5 Mac lalu.
“Tiada ertinya saya dapat hak jagaan anak kerana saya tidak dapat peluk dia. Sudah sembilan bulan saya tidak jumpa dan dengar suaranya.
”Ternyata jauh lagi saya nak pergi (walaupun mahkamah dah buat keputusan) dan saya benar-benar memohon agar kerajaan dan Wisma Putra tolonglah saya, usahakanlah sesuatu untuk dapatkan Ferris semula.
SHAH ALAM – Seorang bekas pensyarah universiti tempatan mengemukakan gambar asal yang menunjukkan suaminya, seorang warga Belanda tidak mengamalkan ajaran Islam seperti minum minuman keras.
Gambar yang dikemukakan Elis Syuhaila Mokhtar, 34, juga menunjukkan aksi Frank Theodorus Van de Ven @ Firdaus, 40, sedang ‘mengusahakan’ tanaman ganja dan popi.
Elis Syuhaila berkata, ganja dan popi itu ditanam di kawasan rumah mereka yang terletak di Belgium.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 