Nekad rempuh kereta penjenayah

0

Category : jenayah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Nekad untuk memberkas dua penjenayah menyebabkan dua anggota polis sanggup mempertaruhkan nyawa merempuh kereta yang dinaiki mereka hingga terbabas melanggar penghadang jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam itu, kereta peronda polis yang mengejar penjenayah terpaksa melanggar bahagian belakang kereta suspek selepas mereka enggan menyerah diri selepas memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Mahameru di sini.

Akibat perlanggaran itu, bahagian enjin kereta suspek rosak teruk selain tayar belakang tercabut selepas kenderaan berkenaan melanggar besi penghadang jalan.

100 korban tsunami di Samoa

0

Category : Luar negara, umum

APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika – sebuah wilayah AS  dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu.

Pelajar Malaysia Tak Makan Dengan Sempurna Sejak 2 Hari Lalu Akibat Gempa

0

Category : umum

PETALING JAYA: Usaha untuk membawa pulang segera 300 pelajar Malaysia yang terkandas di Padang, Barat Sumatera perlu disegerakan kerana sebahagian besar daripada mereka tidak menjamah makanan yang sempurna sejak dua hari lalu.

Menurut Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Mohd Arif Adenan, kebanyakan pelajar Malaysia telah terputus bekalan makanan dan air bersih sejak hari pertama gempa bumi melanda ibu negeri Provinsi Sumatera Barat itu.

Gempa bumi tersebut telah meragut nyawa 529 mangsa menurut angka rasmi sehingga jam 5 petang Khamis.

“Sebab itulah pihak kementerian telah memutuskan untuk menghantar bekalan makanan dan minuman air besih bersama-sama pasukan evakuasi ini walaupun para pelajar kita akan dibawa balik malam ini (Khamis) juga,” kata Arif.

Menurut Arif, daripada maklumat yang dikumpulkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi, keadaan di Padang agak kritikal termasuklah sebahagian besar bangunan Fakulti Perubatan Universiti Andalas di mana kebanyakan pelajar Malaysia menuntut mengalami kerosakan teruk.

Beliau juga mengesahkan masih terdapat lebih kurang 30 lagi pelajar Malaysia yang tidak dapat dibawa pulang ke tanah air kerana beberapa sebab antaranya mereka berada di luar Padang dan tidak dapat memasuki bandar berkenaan untuk urusan evakuasi.

Kata Arif ada juga di antaranya yang sedang menjalani latihan praktikal yang memerlukan khidmat tenaga mereka di sana.–mstar

Beribu-ribu terperangkap runtuhan bangunan, 200 dilaporkan maut akibat gempa bumi di Sumatera

0

Category : Luar negara, umum

PADANG: Gempa bumi magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Beberapa lagi bangunan seperti bangunan lembaga pendidikan LBA-LIA, bangunan Sekolah Tinggi Kesihatan (Stikes) Indonesia dan Hotel Ambacang, roboh, dan juga beratus-ratus kedai yang terletak di beberapa jalan utama kota Padang, seperti di Jalan Sawahan, Pemuda, Veteran dan beberapa tempat lain.

Gegaran gempa bumi dirasai di Semenanjung

0

Category : Info, Malaysiaku

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

[ Online : 1011 hari. ]