‘Saya sangka kakak sudah mati’

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: “Saya sangka kakak sekeluarga sudah meninggal dunia. Ketika itu saya cuma pasrah dengan ketentuan Ilahi,” kata Noor Fazilah Azmi, adik kepada warga Malaysia yang terkandas sejak gempa bumi melanda Padang, Sumatera, lebih empat bulan lalu.

Noor Fazilah, 24, berkata selepas bencana itu beliau cuba menelefon kakaknya, Noor Azizah, 27, tetapi telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.

 ”Pada masa itu, saya tidak tahu pada siapa nak minta tolong kerana tidak ada saudara mara di Padang. Namun, saya terkejut apabila dihubungi Konsul Malaysia di Pekanbaru, bulan lalu, yang memaklumkan kakak bersama tiga anaknya masih hidup dan tinggal bersama keluarga angkat di Bangkinang.

“Ketika itu saya cuma mampu menangis dan bersyukur sambil berdoa agar dapat segera menemuinya selepas dua tahun tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita selepas dipertemukan semula dengan Noor Azizah di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di sini, semalam.

Suasana hiba menyelubungi pertemuan dua beradik itu sebaik Noor Azizah dan Noor Fazilah berpelukan dan menangis. Kepulangan Noor Azizah bersama tiga anaknya, Muhammad Hazrul Naim, 5, Muhammad Hazrul Hakim, 2, dan Aisyah Rahma Musfirah, tiga bulan, diuruskan Konsul Malaysia di Pekan Baru dan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno.

Gempa raksasa ancam Sumatera

0

Category : Luar negara

SINGAPURA: Satu gempa bumi raksasa diramal melanda pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun yang mencetuskan tsunami gergasi sekali gus menjadikan gegaran bulan lalu pada skala kecil saja, kata seorang pakar geologi.

Selain itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, perubahan cuaca dunia bermakna bencana alam pada masa depan adalah lebih besar dan kerap.
 

Kisah puluhan bayi ajaib

0

Category : Luar negara

PADANG: Keajaiban sukar diterjemahkan dengan hukum akal apabila berpuluh-puluh bayi dilaporkan bukan saja terselamat, malah mampu merangkak keluar dari celah runtuhan bangunan yang menyembah bumi dan meragut 739 nyawa dalam kejadian gempa bumi di Sumatera Barat, setakat ini.

Seorang bayi yang terselamat, Auril Sarludin berusia satu tahun lima bulan, memeranjatkan warga Padang apabila masih mampu terselamat biarpun selepas 24 jam terperangkap di celah runtuhan rumahnya.

Misi bantu mangsa ditamatkan

0

Category : Luar negara

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pasukan perubatan negara bakal menamatkan operasi di sini pada 13 Oktober ini setelah berjaya melaksanakan misi masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat setelah kerajaan yakin pemerintah Sumatera Barat dan Padang mampu menjalankan misi membantu mangsa gempa meneruskan kehidupan.

Ribuan ikan duri muncul di Bachok, mungkin akibat gempa

0

Category : Info, kelantan

Hasil tangkapan luar biasa ikan duri oleh nelayan di Kuala Kemasin dan Pantai Senok, Bachok, semalam berkemungkinan berpunca daripada kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Wilayah Timur, Azmi Daud berkata, fenomena kemunculan ribuan ikan dari dasar laut kebiasaannya terjadi apabila adanya kejadian bencana alam kerana ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

Dah kena baling batu pun ada hati lagi

0

Category : Malaysiaku

by faisal

Begitulah menjadi-jadinya pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kita dibaling batu kala menghantar bantuan bencana di Padang, Sumatera Barat (lihat sini atau lihat sini).Dalam keadaan ditimpa batu dan gunung sekalipun hati mereka tetap cekal untuk membaling batu kepada kita.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi insiden baling batu itu mungkin kerana ada yang terpengaruh dengan laporan media Indonesia mengenai isu seputar Manohara Odelia Pinot, isu perairan Ambalat, dan tarian Pendet Bali.

Merangkak keluar dari lumpur sambil menangis, mencari ibu

0

Category : Luar negara

PARIAMAN (SUMATERA BARAT): “Dia merangkak keluar dari lumpur sambil menangis memanggil dan mencari ibunya,” kata seorang penduduk yang menemui Epa Poho, 5, yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang menenggelamkan kampung serta mengorbankan ibu bapanya, Rabu lalu.

Kanak-kanak itu yang ditemui keseorangan dengan keadaan bersalut lumpur, hanya mengalami luka di seluruh badan termasuk muka, telinga dan kaki apabila sebahagian Bukit Tandikek berhampiran Kampung Lubuk Laweh Tandikek di sini, runtuh berikutan gempa bumi berukuran 7.6 skala Ritcher.

Ayat-Ayat Allah Swt dalam Gempa di Sumatera

0

Category : Luar negara

Gempa besar berkekuatan 7,6 Skala Richter melantakkan kota Padang dan sekitarnya pukul 17.16 pada tanggal 30 September lalu. Gempa susulan terjadi pada pukul 17.58. Keesokan harinya, 1 Oktober kemarin, gempa berkekuatan 7 Skala Richter kembali menggoyang Jambi dan sekitarnya tepat pukul 08.52.

Adalah ketetapan Allah Swt jika bencana ini bertepatan dengan beberapa momentum besar bangsa Indonesia, dulu dan sekarang:

Gambar lubang yang terbentuk ditengah penempatan penduduk di Padang

1

Category : Luar negara

Lubang yang terletak ditengah-tengah bandar Padang

Lubang yang terletak ditengah-tengah penempatan penduduk di Padang

Mungkinkah ini sebagai satu petanda
untuk memaparkan kepada manusia akan kehebatan kuasa
Allah yang maha kuasa terhadap hambanya yang sentiasa
dalam keadaan lalai dalam mentaati perintanNya.

Tertimbus ketika mengaji

0

Category : Luar negara

Oleh Ifwan Tun Tuah

BUKIT di Kampung Lubuk Laweh Tandikek di Pariaman runtuh serta meranapkan lebih 50 rumah ketika gempa bumi minggu lalu.30 kanak-kanak dalam masjid tak sempat selamatkan diri

Kira-kira 30 kanak-kanak yang sedang mengaji al-Quran di sebuah masjid adalah antara lebih 200 orang yang terkorban akibat tanah runtuh yang melenyapkan Kampung Lubuk Laweh Tandikek di sini dalam gempa bumi, Rabu lalu.

[ Online : 1017 hari. ]