Tanam dalam kubur besar

0

Category : Luar negara

Gambar keadaan gempa bumi di padang

Gambar keadaan gempa bumi di padang

Pihak berkuasa Indonesia menggali kubur besar untuk menguburkan korban gempa bumi yang merosakkan sebahagian besar bandar Padang minggu lalu.

Kubur yang digali di perkuburan Tunggul Hitam adalah untuk mengebumikan 11 mayat yang ditemui di bawah runtuhan Hotel Ambacang.

Operasi menyelamat di hotel itu gagal menemui mangsa gempa yang hidup.

Pasukan penyelamat membayangkan peluang menemui mangsa yang hidup di bawah runtuhan bangunan di Padang amat tipis dan 3,000 penduduk yang masih hilang mungkin terbunuh.

Menteri Kesihatan, Siti Fadillah Supari berkata, jumlah kematian dijangka mencecah lebih 3,000 orang.

Pada masa sama, beliau menyuarakan kebimbangan merebaknya wabak penyakit di Padang yang kini dicemari bau busuk mayat reput.

“Kami cuba mencari mangsa di bawah runtuhan sama ada hidup atau mati.

“Kami cuba membantu mereka yang cedera dan memimimumkan jumlah korban selepas gempa bumi,” katanya.

Pasukan penyelamat kini dilapor melaksanakan pemeriksaan terakhir di bawah runtuhan bangunan di Padang.

“Kami kini melakukan pemeriksaan terakhir sebelum mengumumkan operasi penyelamat dibatalkan.

“Peluang menemui mangsa yang hidup pada masa ini amat tipis dan operasi menyelamat mungkin hampir tiba ke penghujung,” kata jurucakap pasukan penyelamat Britain, Rapid UK, Peter Old.

Agensi bencana menganggarkan 20,000 bangunan rosak akibat gempa bumi itu dan kebanyakan bangunan pejabat turut musnah.

“Kerosakan infrastruktur yang meluas menyukarkan untuk membangunkan semula bandar ini,” kata jurucakap Pertubuhan Palang Merah, Eko Suhadi.

Bagaimanapun, kedai-kedai yang tidak rosak dilapor mula dibuka semula-hmetro

‘Bagai dalam kubur’

0

Category : Luar negara

By Ifwan Tun Tuah

“IBARAT mati hidup semula. Kepala saya berdarah terkena serpihan batu� tapi sakit tidak begitu terasa. Terperangkap dalam kegelapan di celah runtuhan konkrit dan beberapa kali pengsan sangat menakutkan.

“Suasana sangat gelap dengan udara berdebu menyebabkan saya sukar bernafas. Rasanya seperti dalam kubur, tetapi belum lagi mati.

Gempa bumi dahsyat lebih besar melebihi 8.0 mungkin akan berlaku.

0

Category : Luar negara

Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.

Sambil mengakui tiada siapa atau teknologi yang dapat meramalkan dengan tepat tarikh gempa bumi besar itu, pakar berpendapat gempa bumi itu akan lebih dahsyat seperti yang menyebabkan tsunami pada Disember 2004 serta mengorbankan lebih 200,000 orang di beberapa negara.

Guru dihempap mayat 48 jam

0

Category : Luar negara, umum

PADANG: Seorang guru bahasa Inggeris, Suci Refikawulan Sari menceritakan bagaimana beliau merangkak untuk mencari tempat perlindungan bersama 13 pelajarnya apabila tangga dan bumbung runtuh menyebabkan mereka ditimbusi dengan runtuhan, debu dan besi.

“Saya melihat pelajar yang lain dihempap tiang yang jatuh menyebabkan semua orang menjerit,” katanya.

Guru berusia 25 tahun itu menenangkan dirinya dengan mengingati bayinya walaupun kakinya tersangkut pada tiang yang runtuh dan dihempap mayat selama 48 jam.

Mangsa gempa bumi Padang yang terperangkap hantar SMS

1

Category : Luar negara

Seorang mangsa gempa yang masih lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan sebuah hotel di barat Indonesia di sini telah menghantar SMS yang mengatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi masih hidup.

Pesanan itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa, tetapi peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah tipis hari ini memandangkan anjing penyelamat tidak dapat mengesan apa-apa tanda terdapat orang yang masih hidup.

[ Online : 1011 hari. ]