IBRAHIM ADHAM : Kisah Hebat Seorang Raja Menjadi Ahli Sufi Mulia

2

Category : Agama

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

 Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

Kisah Ibrahim Adham dan Pemunggah Harta Rakyat

0

Category : Agama

Ibrahim Adham ni seorang Raja yang alim. Sanggup merendahkan martabatnya seolah-olah rakyat biasa dalam mencari keredhaan Allah. Suatu hari dalam perjalanannya, Ibrahim Adham sampai ke suatu anak sungai dalam keadaan yang sangat lapar.Tiba-tiba dilihatnya sebiji buah delima yang sedang hanyut.

Dalam keadaan tersangat lapar,lalu dicapai dan dimakannya buah delima itu. Selepas selesai menikmatinya, barulah beliau terfikir, “buah delima itu tentu ada pemiliknya dan aku telah memakannya tanpa kebenaran pemilik tersebut”.Bimbang kerana telah memakan sesuatu yang haram dan tanpa izin, Ibrahim menyusur sungai itu mencari pemilik pohon delima tersebut.

 

Kisah ibrahim adham dan pembuat dosa

4

Category : Agama

Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab di dalam sejarah sufi disebutkan sebagai seorang raja yang meninggalkan kerajaannya – lalu mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di negeria Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium.

Banyak rupanya kisah sejarah dari manusia bernama Ibrahim bin Adam ra, Hidup dizaman Nabi Khidir as.

[ Online : 1017 hari. ]