Langgan internet dapat komputer

0

Category : umum

TM lancar pakej jalur lebar serendah RM38 bagi golongan berpendapatan rendah
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) semalam melancarkan pakej ‘Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia’ yang membolehkan pelanggan berpendapatan rendah mendapatkan 200,000 komputer percuma dengan yuran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.
Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pihaknya berharap pakej itu akan menggalakkan lebih ramai keluarga serta golongan muda mempelajari kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, pakej berkenaan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar terutama keluarga yang mempunyai anak bersekolah menerapkan ICT dalam aspek kehidupan mereka untuk tujuan pengetahuan, pekerjaan, pendidikan dan hiburan.
“Selain itu, kami berharap memperluaskan perhubungan jalur lebar di kalangan komuniti menerusi pengenalan pakej ini supaya gaya hidup digital boleh dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya pada pelancaran pakej berkenaan pada Majlis Daerah Jelebu di Negeri Sembilan, semalam.
Pelancaran itu disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Zamzamzairani berkata, pelanggan yang mahu mendapatkan komputer percuma itu perlu mematuhi beberapa syarat, antaranya pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah untuk penduduk kawasan pedalaman dan RM5,000 ke bawah bagi penduduk bandar.
Katanya, pelanggan boleh memilih sama ada mendapatkan Komputer 1Malaysia dengan yuran bulanan perkhidmatan RM38 sebulan atau jenama Hewlett Packard (HP) dengan yuran tambahan.
“Pelanggan yang layak akan menerima akses jalur lebar Streamyx dengan kelajuan daripada 384 Kbps, sebuah Komputer 1Malaysia atau HP dengan cakera keras 160 atau 250 Giga Bait (GB), memori 1 GB dan dilengkapi kamera web, keupayaan WiFi serta penghantaran percuma ke seluruh negara.
“Selain itu, mereka akan memperoleh satu akaun dan akses percuma Streamyx Zone, satu modem tanpa wayar percuma dengan jaminan 12 bulan, satu akaun e-mel
Streamyx, pilihan menambah pelan panggilan RM10 dan pengecualian yuran pemasangan (RM88) serta yuran pengaktifan (RM75).

Promosi perniagaan melalui Internet

0

Category : umum

syarikat penyedia perkhidmatan Internet yang diuruskan IXpert Global Group Sdn Bhd kini menawarkan program mentoring di seluruh negara dalam usaha mempromosi perniagaan melalui SMS dan Internet menerusi konsep ‘1STOP@SMSNET’ yang di lancarkan Januari lalu.

Syarikat itu ketika ini sudah menyediakan pusat mentoring di beberapa negeri termasuk Taiping, Perak; Kuantan, Pahang; Cheras Baru, Kuala Lumpur; Kota Bharu, Kelantan dan Taman Dagang Ampang, Selangor.

Pengarah Pemasaran OneSMS Technologies dan One Blog Dot My, Zabidah Meor Baharum berkata, 1sms1blog memulakan sesi latihan untuk melatih dan membangunkan pedagang-pedagang komunikasi teknologi maklumat (ICT) ke tahap global.

Empat insentif Jalur Lebar Negara

0

Category : Pengetahuan

Strategi tepat untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara maju: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:

Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;

Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;

e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan
Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak.

Jaring nafi terima arahan PM perlahan kelajuan internet

0

Category : umum

JARING Communications Sdn Bhd tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujudnya arahan dari perdana menteri supaya memperlahankan kelajuan internet sewaktu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat satu SMS yang disebarkan yang mendakwa Ketua pegawai eksekutif (CEO), Dr Mohd Awang Lah menerima arahan seperti itu, juga untuk menyekat laman-laman web pembangkang.

SMS tersebut berbunyi: Berita terkini : Dr. Mohd. Awang Lah, CEO Jaring menerima arahan Dari pejabat Najib untuk melambatkan ‘speed’ internet & ‘block’ site2 pembangkang. Sebarkan.

Ketika dihubungi, Dr Mohd Awang berkata kandungan SMS berkenaan adalah “tidak benar.”

Google jadi medan ujian

0

Category : umum

POLEMIK antara penyedia enjin carian Internet paling berpengaruh di dunia, Google dengan pemerintah China belum menampakkan tanda akan berakhir. Segala-galanya bermula berikutan insiden penggodaman terutama pada e-mel Gmail yang dimiliki oleh golongan aktivis yang lantang menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan China.

Itu belum dicampur dengan pelbagai bentuk penapisan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pengguna Internet di negara komunis tersebut.

Google menyatakan serangan itu berlaku secara terancang dan datangnya dari China. Situasi itu nyata dimarakkan lagi oleh sentimen nilai budaya dan pemerintahan rejim yang berbeza.

Rungutan Google mendapat sokongan daripada Rumah Putih. China pula membalasnya dengan menuduh Washington menggunakan Internet untuk menyokong pemberontakan di Iran.

Perkembangan itu menambah pergeseran di antara kedua-dua buah negara kuasa besar dunia tersebut. Sebelum ini, mereka berdepan dengan masalah penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan dan isu hak asasi manusia.

Fungsi Yahoo dalam Facebook tahun depan

0

Category : umum

SAN FRANCISCO – Yahoo kelmarin menjalinkan perkongsian dengan Facebook dalam usaha mengekalkan populariti laman web itu dalam kalangan pengguna internet seluruh dunia.

Perkongsian tersebut akan membenarkan pengguna Yahoo dengan akaun Facebook menggabungkan material daripada kedua-dua laman web berkenaan.

Hanya 7 drp 1192 web rasmi kerajaan capai taraf 5 bintang

0

Category : umum

Hanya tujuh atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kerajaan mencapai taraf lima bintang, demikian Laporan Penilaian Web Dan Portal Kerajaan 2009 Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, perkara itu tidak sejajar dengan hasrat Malaysia untuk membina sebuah kerajaan elektronik.

Pengguna Facebook hati-hati dengan email palsu

0

Category : umum

173633Pengguna Facebook disarankan untuk lebih berhati-hati. Virus baru dari Trojan horse Bredolab berada pada email palsu yang seolah-olah mengarahkan anda untuk me’reset‘ password Facebook.
[ Online : 1017 hari. ]