Skandal askar British dera tahanan Iraq

0

Category : umum

KEMENTERIAN Pertahanan Britain kini sedang menyiasat dakwaan penderaan tahanan oleh askar-askar British di Iraq.

Skandal itu mengembalikan semula ingatan ramai mengenai kekejaman askar-askar Amerika Syarikat (AS) ke atas tahanan di penjara Abu Gharib, Baghdad.

85,000 korban perang di Iraq

0

Category : umum

BAGHDAD – Kementerian Hak Asasi Manusia di Iraq semalam melaporkan 85,000 penduduk akibat bom, pembunuhan dan pertempuran di negara itu sejak 2004 hingga tahun lalu. Kekacauan dan pertempuran sering meletus di Iraq sejak tentera Amerika Syarikat (AS) menceroboh negara itu pada 2003.

Angka yang diberikan itu tidak termasuk jumlah mereka yang terkorban akibat dibunuh askar AS, tentera Iraq atau pemberontak.

85000 bukanlah suatu nilai yang kecil. Sudah berapa ratus keluarga yang amerika bunuh, dah berapa ramai isteri yang menjadi janda, dah berapa ramai anak2 menjadi yatim. Kita disini aman damai.. Bersyukur kerana anda lahir di Malaysia bumi yang bertuah ini.
“Peace No War”

Sindiket menyamar ejen MyEg tipu orang ramai

0

Category : Info, Mesti baca

Satu sindiket penipuan kad kredit yang menyamar sebagai ejen portal kerajaan, MyEg mengaut keuntungan mudah dengan menipu orang ramai kononnya mereka boleh menawarkan pembayaran saman trafik dan pembaharuan cukai jalan serta insurans dengan harga lebih murah.

Orang ramai yang tidak menyedari mereka sebenarnya diperdaya, lantas dengan mudah menyerahkan wang tunai kepada sindiket tersebut untuk membuat pembayaran tanpa perasaan curiga.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata bagi meyakinkan mangsa, sindiket itu kemudian membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad kredit di hadapan mangsanya.

Beliau berkata tanpa disedari mangsa, kad kredit yang digunakan sindiket itu, sebenarnya kad kredit palsu yang diklonkan.

Katanya, bertindak atas enam laporan polis yang dibuat oleh MyEg sendiri, polis menahan empat dalang sindiket itu yang berusia 19 hingga 23 tahun kira-kira dua minggu yang lalu di sekitar Lembah Klang.

“Dalang sindiket itu mengupah beberapa ejen mereka untuk memperdayakan orang ramai agar percaya dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

“Sindiket itu mendapat kad kredit yang diklon daripada salah seorang anggota mereka yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat beli belah dengan menyasarkan kad kredit luar negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak MyEg sendiri telah membuat enam laporan polis di Petaling Jaya di mana setiap laporan dianggarkan melibatkan 70 hingga 100 saman yang dibayar menggunakan kad kredit klon oleh sindiket itu dari Jun hingga sekarang di sekitar Lembah Klang.

Katanya, sindiket tersebut turut menawarkan perkhidmatan pembelian tiket kapal terbang dengan harga yang lebih murah kepada mangsa-mangsanya.

Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa sindiket ini terlibat dengan pemalsuan cukai jalan berdasarkan penemuan sebuah komputer riba.

“Kita tidak tolak kemungkinan bagaimanapun kita sedang menunggu laporan forensik ke atas komputer riba tersebut yang dirampas,” katanya.

Beliau berkata, hasil kegiatan penipuan itu, dalang sindiket itu mampu hidup mewah dengan memiliki sebuah kereta Nissan Caldina dan Rexton, SsangYong dan mendiami sebuah rumah mewah di ibu kota selain bercuti di luar negara setiap bulan.

Keempat-empat dalang itu kini dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Arjunaidi turut mengingatkan orang awam yang mahu membayar saman dan memperbaharui insurans dan cukai jalan agar berbuat demikian di kaunter dan portal yang sah.

Orang ramai juga diminta agar menyemak semula saman mereka sama ada benar-benar telah dijelaskan dan membuat laporan polis sekiranya mendapati mereka ditipu. – Bernama

[ Online : 1017 hari. ]