20 guru diugut bunuh

KUALA LUMPUR: Lebih 20 guru trauma akibat diugut bunuh dan pukul oleh ibu bapa berikutan insiden jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar yang mengorbankan tiga murid, bulan lalu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, guru terbabit mendakwa turut menerima panggilan lucah di rumah terutama ketika tengah malam oleh individu tidak dikenali.

Katanya, guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan dan Gopeng, Perak, itu sentiasa dimarahi malah kerap diugut pihak berkenaan walaupun berada di tempat awam selain dipandang serong penduduk setempat.

Continue reading “20 guru diugut bunuh”

Kontraktor bukan dari Perak

Kontraktor bukan dari Perak
IPOH 29 Okt. – Kontraktor jambatan gantung yang runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang, Kampar, Isnin lalu, akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Siasatan dalam tempoh terdekat.
Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar bagaimanapun berkata, pihaknya masih cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontraktor terbabit yang difahamkan bukan beribu pejabat di Perak.
”Saya difahamkan kontraktor yang membina jambatan itu bukan dari negeri ini dan kos bagi pembinaan jambatan itu juga masih belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai siasatan terhadap syarikat yang terbabit dalam pembinaan jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang di Kampar, Isnin lalu.
Tiga murid lemas dihanyutkan arus dalam tragedi pukul 10.30 malam itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan ke tempat kejadian Selasa lalu mengumumkan serta-merta penubuhan satu Jawatankuasa Siasatan bagi mencari punca kejadian tersebut.

IPOH 29 Okt. – Kontraktor jambatan gantung yang runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang, Kampar, Isnin lalu, akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Siasatan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar bagaimanapun berkata, pihaknya masih cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontraktor terbabit yang difahamkan bukan beribu pejabat di Perak.

Continue reading “Kontraktor bukan dari Perak”

Kematian berganda untuk mangsa kem 1 Malaysia

KAMPAR, 29 Okt: Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

Continue reading “Kematian berganda untuk mangsa kem 1 Malaysia”

Jambatan maut tiada kelulusan JKR

Jambatan maut tiada kelulusan JKR
Salhan K Ahmad
Okt 28, 09
5:23pm
Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.
“Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat,” katanya ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.
Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.
“Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu,” kata Dr Safry.
Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.
“Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah,” katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.
Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.
Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.
Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:
“Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.
“Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya.”

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Continue reading “Jambatan maut tiada kelulusan JKR”

Lokasi tiada ciri keselamatan

Lokasi tiada ciri keselamatan
KUALA DIPANG – Mayat seorang murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian jambatan runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang juga Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, ditemui dalam lubuk berhampiran Kampung Melayang iaitu satu kilometer dari tempat kejadian.
Mendiang, N Dina Deve dijumpai jam 8.45 pagi semalam oleh pasukan sukarelawan yang dianggotai beberapa individu anak jati kampung berkenaan.
Bapa mangsa, T Nathan, 42, seorang pemandu lori dan ibunya, Morgana, 35, suri rumah ketika ditemui di kediaman mereka tidak mampu berkata-kata, bahkan dari raut wajah mereka jelas tergambar perasaan sedih dan sayu menyelubungi pemergian anak keduanya itu.
Bapa saudara mangsa, M Subramaniam, 51, berkata, mereka sekeluarga cukup terkilan dengan kecuaian pembinaan jambatan berkenaan yang didapati tidak menepati spesifikasi ditetapkan.
“Hasil pemantauan dibuat, Kem 1Malaysia yang julung-julung kali dianjurkan ini langsung tidak menitikberatkan soal keselamatan peserta, kelengkapan dan persediaan pasukan keselamatan di tempat itu juga tidak disediakan penganjur.
“Sepatutnya penganjur menekankan soal keselamatan peserta, bukannya sekadar memenuhi aktiviti atau program sahaja, guru yang ditugaskan sebagai pengiring pula perlu bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan bukannya hanya mampu melihat sahaja peristiwa berlaku di depan mata mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
:Subramaniam turut mempersoalkan Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah yang dianggap gagal menyediakan pelan bertindak lengkap bagi menghadapi sebarang peristiwa tidak diingini.
Menurutnya, atas kegagalan inilah menyebabkan mendiang menjadi mangsa pertama runtuhan jambatan yang baru siap kira-kira dua minggu lalu.
“Namun begitu, kami perlu menerima pemergiannya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Mayat mendiang akan disemadikan di tanah perkuburan India Mambang Di Awan pada jam 11 pagi esok (hari ini),” katanya.
Sejumlah 298 murid-murid dari 60 buah sekolah daerah Kampar terlibat dalam kem 1Malaysia bermula 26 dan dijangka berakhir 29 Oktober.
Bagaimanapun, kem berkenaan diarahkan berhenti serta merta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berikutan tragedi runtuhan itu, malam kelmarin.

KUALA DIPANG – Mayat seorang murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian jambatan runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang juga Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, ditemui dalam lubuk berhampiran Kampung Melayang iaitu satu kilometer dari tempat kejadian.

Continue reading “Lokasi tiada ciri keselamatan”

Dewan tolak usul bahas tragedi jambatan gantung runtuh

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

Continue reading “Dewan tolak usul bahas tragedi jambatan gantung runtuh”

Keluarga mahu saman kontraktor cuai

KAMPAR: “Kami mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor yang cuai dalam proses membina jambatan gantung berkenaan hingga menyebabkan nyawa anak saudara saya melayang,” tegas M Subramaniam, 51, bapa saudara kepada murid yang lemas, N Dhina Deve, 11.

Beliau berkata, pembinaan jambatan berkenaan didakwanya jelas tidak sempurna kerana tiada cerucuk ditanam bagi menyokong struktur jambatan itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana kelulusan untuk menggunakan jambatan berkenaan diberi sedangkan ciri-ciri keselamatan jelas tidak diberi perhatian.

Continue reading “Keluarga mahu saman kontraktor cuai”

Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung

KAMPAR 27 Okt. – Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi.

Continue reading “Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung”

Susulan jambatan runtuh: Ibu tidak sangka anak hilang

KAMPAR: Seorang ibu tidak menyangka tindakan membenarkan anaknya mengikuti kursus kokurikulum di tapak perkhemahan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini menyebabkan anaknya hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di sini semalam.

R.Nagaratha, 40an, ibu kepada M. Darapharshini, 12, tidak menyangka sikap anaknya yang beriyaiya mahu menyertai kursus itu merupakan tanda anaknya akan meninggalkannya.

Continue reading “Susulan jambatan runtuh: Ibu tidak sangka anak hilang”

Struktur lemah punca tragedi?

1931eed875262b257ab3227d17f4029dCara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

“Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan… ia terlalu kecil dan tiada cerucuk,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

  Continue reading “Struktur lemah punca tragedi?”