Denda : Kartika dapat layanan istimewa

KUANTAN – Jika orang ramai menganggap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikerah melakukan pelbagai tugas berat dengan kemudahan peribadi yang terhad di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, mereka sebenarnya silap.

Ini kerana ibu kepada dua orang anak itu hanya ditugaskan menguruskan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut dengan kemudahan selesa sepanjang tiga minggu di situ.

Antara kemudahan yang disediakan ialah rumah tetamu yang lengkap dengan dua bilik tidur, bilik air, dapur, penyaman udara dan taman mini.

Kartika jalani hukuman khidmat masyarakat?

Bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno diperintahkan ke Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan esok bagi menjalani hukuman terhadapanya kerana didapati bersalah minum arak, kata bapanya.

Shukarno Mutalib berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam mereka bahawa anaknya diminta melaporkan diri ke jabatan tersebut pada jam 8.30 pagi esok.

“Esok saya akan serah dia (Kartika) pada Jabatan Agama. Katanya untuk jalani kerja-kerja (khidmat) masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Shukarno bagaimanapun tidak pasti sama hukuman sebat terhadap anaknya dibatalkan.

“Saya pun tidak pasti. Ada ruang bincang, kita bincang. Esoklah kita tengok apa jadi,” katanya.

Continue reading “Kartika jalani hukuman khidmat masyarakat?”

“Saya tidak akan merayu kepada Sultan Pahang” kata Kartika

IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.

“Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.

“Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima,” katanya.

p/s:  Saya pernah terdengar ceramah daripada seorang ustaz yg berjumpa dgn Kartika dan bertanyakan kenapa beliau tak nak merayu. Mengikut ustaz tersebut, Kartika ingin melihat undang-undang islam dijalankan di Malaysia. Beliau berharap selepas beliau jalani hukuman ini, orang yang meminum arak akan dihukum dgn undang2 islam iaitu sebat.

Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan

KUANTAN – Tarikh pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang menjadi persoalan ramai selama ini akan diketahui bulan depan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ada kewajaran tarikh hukuman itu disegerakan kerana ia sudah menjadi isu sensitif yang mencetuskan perdebatan pelbagai pihak.

“Saya akui isu ini begitu sensitif, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak lagi berpanjangan.

“Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca-punca yang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera,”’ titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Insentif Sukan Sea Laos 2009 di Hotel MS Garden di sini.

Kartika sah bercerai talak satu

KUALA KANGSAR – Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohamed Afandi Amir, 38, pada pertengahan Oktober 2008 terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bekas model sambilan yang kini menunggu hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam berkata, berdasarkan keterangan Kartika Sari Dewi selaku plaintif, Mohamed Afandi ada melakukan dua lafaz cerai yang jelas iaitu pada pertengahan Oktober 2008 dan 10 Februari 2009.

Berdasarkan keterangan dalam perbicaraan semalam, kedua-dua lafaz itu didapati adalah talak yang ‘soreh’ iaitu lafaz yang jelas dari segi makna dan pada kebiasaannya membawa erti talak kerana Mohamed Afandi selaku defendan secara jelas dan tanpa berselindung mengatakan dia menceraikan plaintif dengan sebutan ‘aku ceraikan kau’.

Continue reading “Kartika sah bercerai talak satu”

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Continue reading “Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz”

Belum sebat Kartika sebab timbul keraguan: Exco

Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno belum dijalankan berikutan timbul syubahah (keraguan) dalam
pelaksanaan hukuman itu.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata pelaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara berhati-hati terutama terhadap pesalah wanita.

Continue reading “Belum sebat Kartika sebab timbul keraguan: Exco”

Kartika, suami tegang

IPOH: “Disebabkan penangguhan hukuman itu, hubungan Kartika dengan suaminya kini sudah ada tanda-tanda bermasalah serta salah faham dan saya bimbang ia bakal membawa krisis lebih teruk dalam rumah tangga mereka,” kata Shukarnor Abdul Muttalib, 60, bapa model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang berdepan konflik penangguhan hukuman sebat atas pengakuan bersalah meminum arak, baru-baru ini.

Shukarnor berkata, berdasarkan pemerhatiannya, insiden itu mewujudkan unsur ketidakselesaan di samping memberi tekanan kepada anak dan menantunya itu.

Continue reading “Kartika, suami tegang”

Belum ada arahan sebat Kartika: KDN

Kementerian Dalam Negeri masih menunggu perintah pelaksanaan daripada Mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hukuman sebat itu akan hanya dapat dijalankan dengan adanya perintah pelaksanaan itu.

Continue reading “Belum ada arahan sebat Kartika: KDN”

UM lancar kelab shabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat

KUALA LUMPUR , 16 Oktober: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) semalam melancarkan ‘Kelab Sahabat Kartika’ bagi menunjukkan sokongan warga kampus tersebut terhadap pendirian model sambilan itu yang mahu disebat.

Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), pertubuhan pelajar itu melancarkan kelab tersebut bersempena Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) yang bermula semalam.
Dengan tema ‘A journey begins with a single step’, penubuhan kelab bertujuan mengumpulkan seramai mungkin sokongan masyarakat kampus terhadap Kartika.

Continue reading “UM lancar kelab shabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat”