Dr Asri: Filem ‘Semerah Padi’ Mengelirukan Gambaran Hukum Sebat Dalam Islam

0

Category : Agama

Oleh ZIEMAN

ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media.

‘Kewajaran’ hukuman ke atas Kartika yang disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan dipersoalkan. Malah, beberapa pihak meminta ibu muda yang juga model sambilan yang sudah insaf atas kesalahannya meminum arak di tempat awam dan rela pula menghadapi hukuman tersebut, merayu untuk mengelakkan hukuman.

Kartika: 14 NGO Islam Pahang selar SIS, JAG

0

Category : Macam-macam hal

KUANTAN: Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, sebagai kejam.

Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan

1

Category : Apa dah jadi, Mahkamah, Malaysiaku

Hukuman sebat keatas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Kartika dihantar ke rumah bapanya di Sungai Siput oleh van JAIP.

Sebelum itu penduduk kampung terbabit telah mengadakan solat hajat agar Kartika tabah menghadapi hukuman sebat..

Beliau dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

[ Online : 1011 hari. ]