Timbalan Pendakwa Raya kendali kes KB Mall

0

Category : umum

KOTA BHARU – Polis Kelantan menyerahkan kes kereta terjunam di pasar raya KB Mall yang berlaku 6 Disember lalu, kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi menyiasat laporan dua remaja yang dikaitkan dengan kes terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes berkenaan masih disiasat dan hampir siap. Keputusan akan dibuat TPR tidak lama lagi sama ada untuk mendakwa atau sebaliknya terhadap dua remaja berkenaan.

“Polis tidak boleh buat apa-apa dalam hal ini setelah siasatan dibuat dan menyerah kepada TPR,” katanya kepada media ketika mengulas penahanan seorang lelaki dan remaja perempuan yang dikatakan berkait kes terbabit selepas Program Rakan Cop (Shell Bersama PDRM) di stesen Shell Chica di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan kes terbabit kepada TPR bagi menentukan kedudukan kes berkenaan.

Ada jugak ‘melaun’ yang ambik kesempatan di KB Mall runtuh

0

Category : umum

Gambar pencuri yang ditangkap

Gambar pencuri yang ditangkap di KB Mall

Memang tak berhati perut, orang lain sibuk menolong mangsa KB Mall runtuh budak dua ekor ni pulak sibuk nak mencuri .

Kb Mall runtuh : Wanted Plet BCL 3210

Kb Mall runtuh : Wanted Plet BCL 3210

Lagi yang tak sedap kita dengar ramai pulak kaki judi berebut-rebut beli ekor dengan no plet kereta KB Mall runtuh untuk dapatkan tuah.

Gambar bangunan kb mall yang runtuh

0

Category : umum

Lubang tempat rempuhan kereta di KB Mall

Lubang tempat rempuhan kereta di KB MallGambar Siling bangunan KB Mall yang runtuh

Gambar pemandu kereta KB mall

2

Category : Ajaib

Gambar pemandu kereta KB mall (NOR AIN SAID)

Gambar pemandu kereta KB mall (NOR AIN SAID)

Kesian awek ni jadi mangsa sebab kena jadi “pemandu terjun”. 

KBMall : Tembok lemah punca kereta terjunam

0

Category : umum

Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

“Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh,” katanya kepada pemberita pada majlis berkhatan beramai-ramai anak warga PDRM Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Mangsa kereta terjunam luah hasrat mati muda

0

Category : umum

 TUMPAT: Penuntut kejururawatan Kolej Masterskill, Siti Nor Dianah Azman, 23, yang terbunuh ditimpa kereta di KB Mall, kelmarin sering bercakap mengenai hasrat ingin mati muda.

Ibunya, Maznah Hanafi, 45, berkata, ketika pulang bercuti Aidiladha minggu lalu, anak sulung enam beradik itu, memberitahu jiran mengenai hasrat itu.

“Saya tidak menyangka gurauan itu menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Kampung Menjuang, semalam.

 Maznah berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit dengan kenalan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Ismail.

[ Online : 1017 hari. ]