Kedai mamak tipu logo halal : mamak pucat lesi

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen.
Dalam sesi ujian oral terbabit, pekerja restoran terbabit yang mengaku Islam dari selatan India hanya terkebil-kebil selepas berulang kali diminta pegawai Jakim membacakan ayat mudah terbabit sejurus serbuan dilakukan di sebuah restoran ‘mamak’ di Kota Damansara, di sini.
Dalam operasi jam 11 pagi semalam, sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran terbabit selepas mendapat aduan berhubung penggunaan logo halal mencurigakan yang dipasang dalam premis berkenaan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang mengetuai operasi terbabit berkata, langkah memeriksa premis makanan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru status restoran itu yang menggaji majoriti pekerja asing.

Kisah Kedai Mamak Yang Pengotor

5

Category : Info, Mesti baca

Oleh Kazrat

Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRECINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon .. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!.

[ Online : 1017 hari. ]