Amuk suami baran

0

Category : umum

AMPANG: Akibat cemburu kerana mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki, seorang suami hilang pertimbangan apabila tiba-tiba naik angin sebelum menyerang serta menghentak kepala wanita berkenaan menggunakan besi kunci tambahan motosikal di rumah mereka di sini, Isnin lalu.

Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit yang seakan-akan dirasuk turut menggunakan lampu kalimantang memukul isterinya selain memijak wanita malang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 29 tahun bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan adiknya untuk dihantar ke hospital.

Akibat amukan menggila si suami, mangsa terpaksa menerima 13 jahitan di kepala, patah jari telunjuk, cedera di badan selain lebam di mata.

Menurut sumber, kejadian berlaku jam 8 malam ketika wanita itu mahu masuk ke rumah sebelum diserang suaminya secara tiba-tiba.

“Belum sempat mangsa masuk ke rumah, suaminya terus mengetuk kepalanya menggunakan besi kunci tambahan motosikal dan tanpa belas kasihan memukul isterinya di seluruh badan menggunakan alat berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan daripada adiknya,” katanya.

Kerana minta cerai, suami tikam isteri

0

Category : umum

Persis sebuah drama yang ditayangkan menerusi televisyen, orang ramai yang berada di sekitar sebuah stesen minyak di pekan Pagoh dekat sini malam semalam, menyaksikan seorang lelaki mengejar seorang wanita yang meluru keluar dari sebuah kereta sebelum menikamnya.

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu lelaki berkenaan bertindak menikam perutnya sendiri selepas melihat wanita tersebut rebah dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohammed Nasir Ramli ketika memberitahu pemberita mengenai kejadian itu hari ini berkata, kedua-dua mereka adalah pasangan suami isteri yang dipercayai bertengkar di dalam kereta sebelum insiden tersebut berlaku.

Dipercayai lelaki warga Indonesia bertaraf penduduk tetap berusia 41 tahun itu berang apabila isterinya seorang rakyat tempatan meminta cerai, katanya.

Wanita diliwat suami lapor polis

0

Category : umum

SEREMBAN – Seorang wanita membuat laporan polis berikutan sudah tidak dapat bertahan apabila diseksa suami secara luar tabii selama hampir dua tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, wanita dalam lingkungan 43 tahun itu, melaporkan telah diliwat suaminya hampir dua tahun sepanjang perkahwinan.

“Pihak polis sedang memburu suaminya yang berumur kira-kira 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Se-remban, dekat sini, semalam.

Kes tersebut di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

Mintak tolong bagi pendapat untuk 1 masalah rumahtangga

1

Category : umum

saya suzi,berumur 20 tahun.dan skrg ni saya mempunyai 2 org anak yg masih kecil.anak sulung saya b`umur 1tahun8bulan dan yang kecil b`umur 8bulan..saya nak tanya pndapat tuan suami say ni sering kali mencari gaduh dgn say.setiap kali gaduh dia mest akan pukul saya.sehingga lebam2 muka saya dan bdn saya.dia selalu pukul saya d depan Parents saya.skrg ni saya tlh melari kan diri krn saya tak sanggup diri saya d buat spt binatang.tapi skrg ni saya sgt merindukan anak saya.lagi satu suami saya ni tak bekerja dah 8bln.skrg ni brg2 anak saya yg tanggung.

saya harap tuan blh selesaikan masalah saya ni.haruskah saya tggl kan dia lg..krn kami pernah bercerai dl kemudian saya mintak rujuk semula krn pkr kan anak2.saya dah byk kali mengalah dgn dia tuan..

 p/s : Komen ni diberikan oleh salah sorang pengunjung kini2u.com. Tolong sesape bagi pendapat. Sesape yg ada pengalaman atau buah fikiran tolong si suzi nie..

Tidak rela dicerai, telan nasi racun

0

Category : umum

Kecewa suami berusia 70 tahun ingin bujang

KUANTAN: Akibat kecewa akan diceraikan seorang wanita berumur 54 tahun bertindak makan nasi bungkus yang dicampur racun pokok di rumahnya di Felda Jengka 5, Maran di sini Selasa lalu.

Bagaimanapun, tindakan pantas suami wanita terbabit membawanya ke Hospital Jengka berjaya menyelamatkan nyawa isterinya.

 Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, wanita berkenaan bertindak sedemikian dipercayai akibat tekanan yang dialami kerana suaminya yang berusia 70 tahun mahu bercerai.

Nyaris minum racun tak tahan didera

0

Category : umum

BANDARAYA MELAKA – Diseksa suami sehingga tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan. Itu yang dialami seorang ibu, S Valikutty, 45, yang diselamatkan rakan ketika cuba meminum racun lantaran tidak tahan didera suami sejak lima tahun lalu.

Valikutty yang sebelum ini menetap di Taman Melawati, Bahau, Negeri Sembilan, kini terpaksa ‘bersembunyi’ di negeri ini bagi mengelak dikesan suami yang terus memburunya untuk mendapatkan hak menjaga anak kedua berusia 7 tahun.

Isteri mati disimbah asid, anak buta

0

Category : umum

GEORGE TOWN – Tidak tahu apa puncanya, seorang suami tiba-tiba menyimbah sejenis asid ke atas badan isterinya yang sedang tidur sehingga membawa maut di rumah mereka di Jalan Batu Lanchang, Jelutong di sini awal pagi semalam.

Kesan simbahan asid tersebut turut terkena wajah anak gadisnya yang tidur di sebelah. Gadis itu kini sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

[ Online : 1011 hari. ]