Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

0

Category : umum

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Aduan polis terhadap berita ‘Beng Hock dibunuh’

0

Category : umum

Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk ‘Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh’.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.

Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Koroner benar mayat Teoh digali semula

0

Category : umum

Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keluarga Teoh mahu Dr Pornthip buat bedah siasat baru

0

Category : umum

Keluarga mendiang Teo Beng Hock berkata mereka akan memohon supaya bedah siasat baru dilakukan oleh pakar patologis Thai, Dr Pornthip Rojanasunan.

Adik perempuan Teoh – Lee Lan – memberitahu Malaysiakini bahawa keluarganya berharap bedah siasat baru itu akan dapat “mendedahkan kebenaran” di sebalik kematian abangnya itu.

NONEBeliau berkata, keluarganya telah memikirkan perkara itu sejak bermulanya inkues kematian Teoh, dan pendedahan Dr Pornthip (foto) bahawa “80 peratus” kematian Teoh mungkin homisid, membuat keluarga mahu pakar dari Thailand itu membuat bedah siasat baru.

Teoh dibunuh: Exco selanggor lapor polis, mahu suruhanjaya diraja

0

Category : Mahkamah

Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.

Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.

Pakar : 80% teoh dibunuh , 20% bunuh diri

0

Category : Mahkamah

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Tim pengarah: Kematian Teoh bukan tanggungjawab SPRM

0

Category : Mahkamah

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memberitahu prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa SPRM tidak bertanggungjawab terhadap kematiannya kerana Teoh bukan lagi berada di bawah kawalan agensi itu.

DNA on Teoh’s belt and blazer identified

0

Category : english, Malaysiaku

The DNA found on Teoh Beng Hock’s blazer and belt belonged to a road accident victim on whom a post mortem was conducted on the same day as that on the political aide’s body at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang, on July 17.

Inkues Teoh Beng Hock: Pemilik DNA misteri akan diketahui hari ini

0

Category : Mahkamah

SHAH ALAM: Pemilik DNA lelaki misteri yang dikesan pada tali pinggang dan blazer Teoh Beng Hock akan diketahui hari ini berikutan adanya penemuan terbaru ahli kimia.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu bahawa ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu.

Kemuka laporan polis, gambar individu didera

0

Category : Mahkamah, Malaysiaku

SHAH ALAM: Laporan polis dibuat individu yang mendakwa didera termasuk ditampar, disuruh berbogel dan dipukul kemaluan menggunakan rotan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan didedahkan dalam prosiding inkues menentukan kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu dikejutkan di Mahkamah Koroner di sini semalam, oleh Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, apabila mengemukakan beberapa laporan polis yang mendakwa terdapat saksi atau suspek yang didera di pejabat SPRM, tingkat 14 Plaza Masalam di sini.

Menurutnya, bagi menyokong dakwaan itu, pihaknya mempunyai gambar untuk dijadikan bukti berhubung penderaan berkenaan.

“Dalam laporan itu mendakwa pegawai SPRM bergilir-gilir menampar, menutup mata, menyuruh berbogel. Terdapat juga menggunakan batang besi yang dibalut dengan akhbar sebelum memukul perut, punggung, tangan dan kaki.

“Selain itu, ada yang menggunakan rotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki hingga menyebabkan saksi hampir pengsan,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas menyoal saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang didakwa ada melakukan perbuatan itu ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues, semalam.

Bagaimanapun, peguam pemerhati SRPM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata dakwaan itu tidak berkaitan dengan kes prosiding inkues Teoh.

Menurutnya, pihaknya berharap perkara itu dibuat secara hujahan untuk mengelak memalukan orang lain.

“Kita tidak boleh berpatah balik berhubung kejadian yang berlaku di SPRM. Apa yang berlaku terhadap orang lain itu melangkaui skop kita,” katanya.

-Metro-

[ Online : 913 hari. ]