SHAH ALAM: Dua belas penunjuk perasaan yang terbabit dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, 28 Ogos lalu akan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen, di sini.
Bagaimanapun tarikh perbicaraan kes itu akan ditetapkan pada sebutan semula kes itu 8 Disember depan.
Terdahulu, Hakim M Gunalan membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar agar kes itu dibicarakan bersama.






