Pemilik kereta mewah dinasihati supaya memasang alat keselamatan tambahan bagi mengelak kenderaan daripada dicuri berikutan peningkatan kes curi kereta mewah yang dilihat semakin ketara di bandar raya sejak kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abd Rahman berkata pada hari Ahad dan Isnin lepas sahaja empat kereta mewah yang semuanya bernilai hampir RM1 juta dicuri di sekitar bandar raya.
Beliau berkata dalam kes-kes itu penjenayah dilihat tidak lagi menggunakan kekerasan dengan merampas kenderaan di tepi jalan, sebaliknya mereka terus ke rumah pemilik kereta untuk mencuri kenderaan terbabit.






