Pencuri dibelasah teruk penduduk

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU – Akibat terlalu marah, seorang pencuri dibelasah teruk penduduk kampung, selain motosikal suspek turut dibakar, sebaik sahaja lelaki berkenaan ditangkap di Kampung Banggol Peradong, Manir, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek bersama seorang lagi rakannya dikatakan cuba memecah masuk ke dalam rumah seorang guru di kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superitendan K Manoharan berkata, berikutan kejadian itu, suspek yang mengalami kecederaan terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Menurutnya, kedua-dua suspek pada mulanya dikatakan cuba memecah masuk ke rumah guru berkenaan tetapi gagal apabila perbuatan mereka disedari lebih awal oleh kakak ipar mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci. Kedua-dua suspek cuba memecah masuk melalui tingkap sisip angin di pintu belakang rumah berkenaan.

Pencuri dikejar lari berbogel

0

Category : umum

 JITRA: Akibat khayal dadah, seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Kubang Sepat di sini, tidak sedar dirinya dalam keadaan berbogel menyebabkan dia lari lintang-pukang ketika dikejar jiran rumah berkenaan, Jumaat lalu.

Kejadian itu hanya disedari dua anak perempuan pemilik rumah itu berusia 10 hingga 12 tahun yang ternampak kelibat ‘lembaga’ itu lalu berlari mendapatkan kakak mereka berusia 15 tahun yang ketika itu berada di ruang tamu rumah berkenaan.
Difahamkan, suspek turut mengejar kedua-dua beradik itu masuk ke dalam rumah tetapi dia dikatakan terkejut apabila kakak dua mangsa itu tiba-tiba menjerit meminta tolong.

Ketika kejadian, ibu mereka keluar berniaga di kedai makan tidak jauh dari kawasan itu, manakala bapa mereka mempunyai urusan di luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata suspek kemudian sempat menarik rambut kakak mangsa menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati meminta tolong.

Beliau berkata, jeritan mangsa didengari bapa saudara mereka yang tinggal di belakang rumah dan kemudian cuba mengejar suspek.
“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri dalam keadaan bogel selepas menyedari dirinya dikejar.

[ Online : 1017 hari. ]