MELBOURNE: Seorang pakar patalogi forensik University of Adelaide memberikan amaran mengenai potensi risiko maut ubat-ubatan herba jika diambil dalam kuantiti yang banyak, disuntik atau dicampur dengan ubat preskripsi.
Kertas kerja Profesor Roger Byard yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Forensik yang berpejabat di Amerika Syarikat menyatakan peratusan besar pengguna di seluruh dunia percaya kandungan toksik semula jadi yang tinggi dalam banyak ubat-ubatan herba adalah selamat.
“Persepsi bahawa ubat-ubatan herba adalah lebih selamat daripada ubat-ubat yang dikilangkan adalah salah, sedangkan hakikatnya kebanyakannya mengandungi arsenik, raksa dan plumbum yang berbahaya,” kata Profesor Byard dalam kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
“Bahan-bahan ini boleh menyebabkan penyakit serius, memburukkan lagi masalah kesihatan yang sedang dihidapi atau mengakibatkan kematian, khususnya jika diambil secara berlebihan atau disuntik.”
Profesor Byard berkata, juga amat berbahaya jika ubat herba dicampur dengan ubat preskripsi.
MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?
Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Tabiat pemakanan yang buruk mengundang kencing manis
Rawatan diabetes adalah tanggungjawab sepanjang hayat, baik bagi penghidap mahupun ahli keluarga terdekat. BUKAN sekadar orang yang gemuk cenderung menghidap diabetes. Mereka yang kurus juga berisiko mendapat penyakit kencing manis ini jika corak pemakanan dan gaya hidup sihat tidak dijaga atau diamalkan.
Paterikan dalam fikiran tentang peringatan ini – diabetes adalah penyakit yang serius. Maka, bagi mereka yang telah didiagnosis menghidapinya, hendaklah membulatkan tekad untuk mengikuti komitmen penjagaan kesihatan sepanjang masa.
Percayalah, usaha itu berbaloi kerana bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan, malah menghindarkan masalah yang mengancam nyawa.
Berikut adalah 10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:
EPAL, buah kedua paling digemari warga Amerika Syarikat (AS) selepas pisang, bakal dimanfaatkan untuk rawatan barah dalam jangka panjang.
Ini terbukti menerusi kajian hampir sedekad oleh saintis makanan di Universiti Cornell, New York, Dr Rui Hai Liu dengan kerjasama Institut Penyelidikan Barah Amerika Syarikat bagi mengenal pasti cara buah itu bertindak untuk kebaikan kesihatan penggemarnya.
Kajian ke atas penduduk negara itu mendapati pengambilan epal yang banyak boleh memberi manfaat kepada kesihatan seseorang termasuk mengurangkan risiko barah dan penyakit berkaitan jantung.
Walaupun epal secara tradisinya dianggap sejenis buah berkhasiat, hanya sejak kebelakangan ini ia menarik minat penyelidik untuk membuat kajian makmal.
ANTARA perkara paling tidak disenangi apabila bersesak dalam kenderaan awam ketika pulang daripada kerja ialah terpaksa menghidu pelbagai bau badan dan masalah ini biasanya lebih ketara pada cuaca panas.
Bau badan berpunca daripada kurangnya penjagaan kebersihan diri. Ramai menyangka bau badan datang daripada peluh.
Sebenarnya peluh tiada bau kerana bau ini hanya timbul selepas peluh kering dan ia disebabkan tindakan bakteria yang wujud secara semula jadi di atas kulit.
Tindakan bakteria untuk menguraikan peluh inilah yang menimbulkan bau. Selain itu makanan boleh menyumbang kepada bau badan. Peluh mengandungi protein atau minyak daripada bawang merah, bawang putih, kari dan makanan berempah mempunyai bau lebih kuat.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan khas RM10 juta tahun depan bagi membantu anak negeri yang mengidap masalah penyakit kronik seperti jantung berlubang, kanser, dan masalah saraf dalam meringankan beban mereka untuk mendapatkan rawatan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, orang ramai yang menghadapi masalah berkaitan penyakit itu diminta menghubungi Pejabat Menteri Besar bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan.
“Kerajaan negeri berharap penyediaan peruntukan itu dapat membantu usaha meringankan beban mereka yang terbabit,” katanya ketika ditemui semasa melawat keluarga Amran Abu Bakar, 43, di sini.
Anak Amran, Nurzahirah, 10, mengalami penyakit saraf manakala adiknya Ainul Hayat, 8, yang mengalami sindrom down sejak dilahirkan juga mengalami penyakit jantung berlubang.
MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.
Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.
Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun
DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.
Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.
Kebaikan & Khasiat Susu Kambing
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:
Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
by hafiz addnan
Pengenalan Penyakit Resdung
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.
Apakah Sinus ? (Resdung)
Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.
SELEPAS makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang skirt atau seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.
Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.
Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika ‘terlepas angin’.
Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!
MENURUT laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah itu meningkat sebanyak 650,000 orang dan dijangka terus bertambah bagi tahun 2009.
Diabetes atau kencing manis merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetes hanya menyedari mereka menghidap penyakit itu apabila timbul komplikasi.
“Sebenarnya diabetes adalah sejenis penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik. Namun, gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit ini semakin senang dihidapi,” menurut seorang pakar pemakanan di sebuah institusi kesihatan awam di Kuala Lumpur yang tidak mahu dikenali.
Mungkin hidap masalah pembesaran kelenjar prostat
MENGIKUT jangkaan lebih kurang 45 juta lelaki di seluruh dunia akan mengidap masalah pembesaran kalenjar prostat dikenali Benign Prostatic Hyperplasi atau BPH menjelang 2020 – suatu ramalan yang mengejutkan dan agak menakutkan.
Bagaimanapun, perlu diingatkan BPH adalah sejenis penyakit yang tiada kena mengena dengan kanser prostat. Ia adalah suatu keadaan yang hanya membabitkan pembesaran kelenjar prostat dan menyempitkan uretha.
UNTUK kekal cantik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza minum jus epal bersama lobak merah setiap pagi dengan sarapan.
“Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat saya,” kata Siti dalam sebuah temu bual selepas program rakaman AC? kelmarin.
Selain itu, Siti juga mengambil kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.
By Dian
Masalah jerawat sering muncul pada bahagian-bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan juga badan. Jerawat biasanya terbentuk apabila liang pada kulit tersumbat dengan sebum, bakteria, hormon dan juga sel kulit mati.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 