KECANTIKAN bukan saja pada luaran, tetapi lahir daripada dalaman kemudian terpancar menerusi wajah.
Jika tubuh sihat dan segar, secara tidak langsung serinya akan terpancar pada wajah. Jadi kombinasi penjagaan dalaman dan luaran sangat penting bagi memastikan kesihatan kulit terjaga dan kekal cantik. Menyedari keperluan wanita yang ingin tampil sihat dan cantik sepanjang masa, Belina Cosmetics Sdn Bhd mendedahkan rahsia kecantikan menerusi rangkaian produk yang dihasilkannya. Sempena ulang tahun ke-28, Belina Cosmetics semakin mengukuhkan kedudukannya dengan rangkaian produk penjagaan kulit bermutu berasaskan susu kambing serta minuman kesihatan Alfalmint yang diproses daripada daun alfalfa.
Kebaikan susu kambing memang diakui sejak zaman dulu lagi. Susu kambing terutama susu dari New Zealand baik untuk kulit serta sesuai dijadikan produk penjagaan kulit. Antara kebaikan susu kambing ialah: – Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang membantu menyokong fungsi penghadaman serta memperbaiki kesihatan kulit.






