Umar berjalan dilorong-lorong mundar-mandir sambil membawa pedang yang entah berapa banyak nyawa disembelihnya. wajahnya nampak bengis. hampir selalu dia begitu dan rakyat kota sudah maklum dengan perangai beliau yang perongos, garang dan tak tahu maksud takut. dalam langkah2 beliau, seorang manusia yang menyapa beliau, “hai umar, apa yang kau cari?”
Dengan suara hampir memekik nada benci beliau menjawab, “muhammad! aku mahu cari muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!”
Lelaki itu membalas, “hai umar, dari kau cari muhammad yang entah berada di mana, lebih baik kau pergi ke rumah adik kandung kau sendiri. dengarnya, dia sudah mengikut ajaran muhammad”.
Merah telinga umar mendengar jawapan itu. dia tak menjawab. mata pedangnya lebih pandai mengatur ayat dari lidahnya. kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, pengikut muhammad. muhammad yang paling dia benci.

Abu Bakar as-Siddiq (bahasa Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.




