“Semua orang akan mati, tapi tidak semua orang akan kena ISA. Jadi bagi saya, mungkin telah ditakdirkan oleh Allah, saya kena ISA. Jadi bila kita dah diuji dengan ISA ni, anda tak boleh hanya mendiamkan diri, tahu?”
“Kalau kamu diam,” sambil memandang ke arah suaminya, bekas tahanan ISA, Norlaila Othman sambung, “Mat, berdosa ya?”
Demikianlah keyakinan dan ketabahan seorang aktivis Gerakan Mansuhkan ISA, Norlaila Othman apabila memilih untuk menentang ketidakadilan yang menimpa pada diri dan keluarganya. Suaminya, Mat Sah Mohd Satray ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) pada tahun 2002, meninggalkannya bersama seorang anak yang berumur 8 tahun ketika itu, untuk memulakan penderitaan hidup yang bakal dilanjutkan setiap dua tahun…

Kerajaan semakin tertekan lantaran demonstrasi “Mansuhkan ISA” pada 1 Ogos yang lalu, menjurus kepada pembebasan lima orang tahanan ISA sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Demikianlah jangkaan Mat Sah Mohd Satray, menyanggah hujah bahawa tahanan ISA dibebaskan setelah “dipulihkan secara menyeluruh”.




