Subsidi dikaji jika minyak cecah lebih AS$110 setong

0

Category : umum

Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

 

Semalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

 

“Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api),” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

 

Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

 

Beliau berkata, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

 

“Apabila kita (kerajaan) merancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga minyak antara AS$85 dan AS$90 setong.

 

Harga minyak dijangka melonjak AS$100 setong

0

Category : umum

Tindakan spekulator punca kenaikan harga mendadak

KEMASUKAN semula secara besar-besaran spekulator komoditi antarabangsa ke dalam pasaran minyak mentah menyaksikan harga bahan api itu kembali melonjak dan penganalisis tidak menolak kemungkinan ia mampu meningkat hingga melepasi paras AS$100 setong pada bila-bila masa.

Penanda aras urus niaga komoditi utama dunia itu, kontrak hadapan minyak Light, Sweet New York Merchantile Exchange meningkat kepada AS$84.87 dalam dagangan pasaran elektronik Asia semalam, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, daripada AS$83.76 setong kelmarin.
Malah, sepanjang sesi dagangan semalam, harganya beberapa kali melonjak melepasi AS$85 setong. “Permintaan minyak Amerika Syarikat telah susut, tetapi harga bahan api itu terus melonjak ke arah AS$90 setong, dan saya tidak menolak kemungkinan ia bakal kembali melepasi AS$100 setong”

Alsetdek Al Haj Ali
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd, Alsetdek Al Haj Ali, berkata spekulator komoditi menjadikan peningkatan permintaan ekoran pemulihan ekonomi global sebagai alasan membeli kon-trak komoditi berkenaan.

Petrol Naik Lagi

0

Category : Lawak

Petrol naik lagi
Kenaikan paling tinggi
Semua letak tangan di dahi
Kecuali ahli keluarga Badawi
Dah tau naik petrol awai-awai lagi
Mereka beli berjuta-juta saham TNB
Kalau TNB naik seringgit pun jadi
Buat duit dalam masa tiga hari

Petrol naik tak terasa pak menteri
Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi
Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali
Begitu juga dengan mereka punya isteri
Ada driver mai ambik setiap hari
Siap dengan bodyguard ke mana pergi
Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi
Dan mereka akan shopping di luar negeri
Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni
Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci
Naik flight first class bukan kelas ekonomi

>> LIHAT LANJUT

[ Online : 909 hari. ]