Posted by admin | Posted on 17-10-2009
Category : Agama
Tags: munakahat
Beristeri jadi wajib jika tak mampu elak perzinaan
Soalan:
WANG simpanan saya sudah cukup untuk menunaikan fardu haji. Pada masa sama saya berkeinginan untuk berkahwin. Manakah yang patut saya dahulukan? Menunaikan haji atau berkahwin?
Jawapan: Bagi menjawab soalan ini, beberapa hadis Rasulullah boleh dijadikan sandaran untuk kita membuat keputusan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. (Hadis Nasai dan Abu Daud).