Nik Aziz terima fakta salah?

0

Category : Politik

By Alhussen

Pelbagai andaian dilemparkan oleh pelbagai pihak apabila Mursyidul Am , Tuan Guru Nik Aziz menggesa supaya PAS mengadakan satu Muktamar Khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Ada yang mendakwa bahawa pemikiran Tuan Guru telah dipengaruhi oleh beberapa orang tertentu yang kononnya telah menyuapklan maklumat yang kurang tepat hinggakan Tuan Guru mendapat maklumat yang salah.

Kenapa Nik Aziz melenting?

0

Category : umum

 Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor.

“Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

SPRM Kelantan ‘tak de kije’

0

Category : kelantan

Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Nik Aziz jawab cabaran Ibrahim Ali

0

Category : Politik

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.
Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.
“Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?” katanya.–malaysiakini

[ Online : 1018 hari. ]