“Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu.” Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di ‘Seminar Memperkasa Parti’, di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.
Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini.






