Peguam, tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati bunuh jutawan kosmetik

SHAH ALAM: Peguam N Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

 

sumber: berita harian

2 peniaga saman Sosilawati

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya selepas mendakwa wujud pelanggaran perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Saman difailkan pada 5 Ogos lalu iaitu 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dilaporkan hilang dan kemudian disahkan dibunuh mati bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, pada 30 Ogos lalu.

Plaintif, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan dalam saman mereka yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 5 Ogos lalu.

Continue reading “2 peniaga saman Sosilawati”

Lagi ahli perniagaan hilang

KLANG: Menggemparkan apabila seorang lagi isteri ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu mengesyaki kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

S Jayanthi, 34, berkata suaminya, S Anpalagan, 43, hilang sejak 4 Ogos tahun lalu dan dipercayai kali terakhir dilihat berada di Banting, Selangor untuk berjumpa rakannya.

Katanya, suaminya pergi ke Banting sehari sebelumnya untuk berjumpa seorang lagi rakan mereka, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

“Pada hari sama kehilangan suami, saya cuba menelefonnya namun gagal dan hanya dapat menjejaki lokasi kereta suami melalui sistem GPS yang dipasang pada kereta model Mercedes Benz milik suami.

“Kereta dijumpai di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat itu kosong dan suami saya juga tidak mendaftar masuk ke pusat peranginan berkenaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam.

Bimbang dengan keselamatan suaminya, Jayanthi membuat laporan polis di Balai Bolis Bukit Sentosa, Rawang.

Dakwaan segelintir kenalannya yang mengaitkan kehilangan suaminya dengan suspek utama pembunuhan kejam itu semakin diyakini berikutan suaminya berasal dari Teluk Bunut, Banting.

Continue reading “Lagi ahli perniagaan hilang”

Anak Sosilawati setuju keluarga saman suspek bunuh -RM20 juta

Tindakan bagi tuntut ganti rugi kehilangan tempat bergantung

KUALA LUMPUR: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, memberi persetujuan keluarga mereka untuk memfailkan saman terhadap semua suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Pengasas dan peguam kanan Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad, berkata perkara itu disahkan dalam mesyuarat selama satu setengah jam antara pihaknya dengan Erni yang hadir bersama seorang adik perempuannya di pejabat firma guaman berkenaan, pagi semalam.

“Mereka bersetuju dengan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut ganti rugi atas kehilangan tempat bergantung (ekoran pembunuhan Sosilawati) akibat perbuatan menyebabkan kematian secara bersalah ke atas mangsa.

“Saya juga sudah meminta kerjasama Erni untuk menghubungi keluarga dua mangsa lain, Noorhisham Mohammad (pegawai kredit CIMB Bank) dan Kamaruddin Shansuddin (pemandu peribadi Sosilawati), bagi mendapat penyertaan mereka dalam tuntutan saman ini.

Continue reading “Anak Sosilawati setuju keluarga saman suspek bunuh -RM20 juta”

Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.

Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Continue reading “Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma”

Jam tangan petunjuk mungkin suami senasib Sosilawati

SUNGAI PETANI: Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilapor hilang April lalu, Mohd Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenalpasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan. “Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, hari ini. Samson Nahar berkata, beliau dipanggil oleh polis kerana dalam kenyataannya mengenai kehilangan suami di balai polis Petaling, Kuala Lumpur April lalu, beliau memberitahu telah menghubungi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati untuk mencari Mohd Shafiq.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan suaminya dibuat pada 13 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dan kes itu kemudian dipindahkan ke balai polis Petaling kerana suaminya hilang di Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Continue reading “Jam tangan petunjuk mungkin suami senasib Sosilawati”

Suspek bijak musnah bukti DNA

SHAH ALAM – Walaupun licik menghapuskan bukti asid deoksiribonukleik (DNA), suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain tetap tidak akan terlepas.

Bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata siasatan di tempat kejadian (Crime Scene Investigation) melalui kaedah sains forensik akan menjadi petunjuk kepada pakar forensik untuk mengenal pasti bahan bukti.

“Jangan ingat tiada bahan bukti biarpun mangsa dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke sungai, penjenayah boleh terlepas. Pasti ada bukti yang akan ditinggalkan,” katanya, semalam.

Katanya, apa jua cara penjenayah menghapuskan bukti melalui teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut pasti timbul.

Menurut Amidon, setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan biarpun penjenayah menggunakan sarung tangan dan alatan untuk tidak meninggalkan kesan.

Continue reading “Suspek bijak musnah bukti DNA”

Wartawan dan penyampai berita TV Selangor dipanggil beri keterangan kes Sosilawati

SHAH ALAM – Dua wartawan TV Selangor hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditemuramah portal berita itu baru-baru ini.

Wartawan yang dipanggil untuk memberi keterangan itu ialah Radzi Razak dan Zeanaaima Mohd Yusof yang juga pembaca berita portal tersebut.

Mereka yang ditemani peguam Samarudin Md Rejab dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11 di sini pada kira-kira 12.30 tengah hari dan berada di sana selama dua jam setengah, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya ketika.

Continue reading “Wartawan dan penyampai berita TV Selangor dipanggil beri keterangan kes Sosilawati”

Pembunuhan kejam Sosilawati: Bertelingkah hasil jualan tanah RM29 juta

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.

Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.

Continue reading “Pembunuhan kejam Sosilawati: Bertelingkah hasil jualan tanah RM29 juta”