SEREMBAN: Tertuduh kes bunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, Januari lalu, Rasidi Ismail, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia membawa kepala bapanya yang disembelih keluar dari kawasan rumah menggunakan motosikal hingga ke pekan Tampin.
MYSHARAH…bekas tunang tertuduh Ketika memberi keterangan dari kandang tertuduh, Rasidi yang memakai baju kemeja putih berkata, sebaik sampai di Tampin, dia meneruskan perjalanan ke Seremban menggunakan sebuah teksi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur.
“Saya turun di Petaling Street dan mendapat visual imej seorang bekas teman saya iaitu Sherry meminta saya tunggu di Kuala Lumpur dan saya menyewa sebuah hotel bajet di Petaling Street. Saya menunggu dia (Sherry) sehingga esok paginya.
“Pada malam itu, saya diadili oleh Tuhan di atas pembunuhan yang dilakukan dan dijatuhi hukuman pancung,” katanya.
Menurutnya, pada pagi itu, dia mendapat tulisan di langit meminta supaya menanam kepala bapanya di mana-mana tanah perkuburan Islam lalu dia pergi ke Shah Alam menaiki sebuah teksi.
Katanya, sebaik sampai di sana, dia menanam kepala bapanya berhampiran pagar dan balik semula ke Kuala Lumpur dengan teksi sebelum solat Zuhur di Masjid Jamek Kuala Lumpur.



“SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar.”
TAMPIN: Kepala salah seorang mangsa pembunuhan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Selasa lalu, selamat dikebumikan bersebelahan kuburnya di tanah perkuburan Islam kampung itu, hari ini.
TAMPIN – “Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ. ”Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia.”




