Ayah terbunuh, abang cedera parah ditikam saudara sendiri

0

Category : Terengganu

Bunuh keluarga sendiri

Bunuh keluarga sendiri

KUALA TERENGGANU, Feb 3 — Seorang bapa terbunuh manakala seorang anak lelakinya cedera parah ditikam saudara sendiri dalam satu kejadian di Kampung Duyong Wan Su di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bapa berkenaan berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 30 tahun, cedera parah setelah ditikam dengan pisau Rambo berukuran 32 sentimeter.
 
Kejadian berlaku semasa abang kepada suspek sedang tidur di rumahnya.

Suspek secara tiba-tiba telah bertindak menikam abangnya sendiri, kata Hamzah.

“Sebaik sahaja ditikam, abang kepada suspek menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua ibu bapanya keluar dari bilik untuk melihat keadaan. Mereka kemudiannya melihat abang suspek berada keadaan berlumuran darah sambil menahan sakit.

“Suspek juga dilihat dalam keadaan badannya yang berlumuran darah sedang memegang sebilah pisau di tangannya,” katanya kepada pemberita di sini.

[ Online : 1018 hari. ]