Hajar titis air mata cerita didera

0

Category : umum

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu rumah warga Indonesia menitiskan air mata serta meluahkan perasaan marah terhadap bekas majikannya ketika memberi keterangan terperinci di Mahkamah Sesyen di sini semalam mengenai kejadian dia disimbah air panas manakala lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.

Siti Hajar Sadli, 34, juga tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai seorang pemandu teksi yang membantu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia di sini serta memberi wang tunai RM18 untuk membeli makanan tetapi dia tidak dapat mengambil nama ataupun nombor pendaftaran teksi tersebut kerana keadaannya yang terlalu lemah ketika itu.

Siti Hajar turut mengenal pasti lesung, tukul besi, pisau, parang, gunting, cawan, dan kerusi besi yang didakwa digunakan oleh ibu tunggal Hau Yuan Tyng, 43, yang menghadapi dua tuduhan mendatangkan kecederaan parah serta tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan gunting terhadapnya. Mangsa turut mengenal pasti kerusi kayu yang patah, yang didakwa digunakan untuk menyerangnya.

Remaja Parah Didera Ibu Bapa Kerana Ketatkan Uniform Sekolah

0

Category : umum

Remaja Parah Didera Ibu Bapa Kerana Ketatkan Uniform Sekolah
TUMPAT, 6 Jan (Bernama) — Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah di kaki dan beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu bapanya, berpunca daripada tindakan pelajar itu mengecilkan saiz pakaian seragam sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Khalid Munap berkata kejadian di Kampung Geting dekat sini berlaku kira-kira 7 pagi ini ketika pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Geting sedang bersiap untuk ke sekolah.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, pada mulanya dia dimarahi ibunya ekoran tindakan mengecilkan uniform sekolah namun bapa pelajar terbabit yang bosan mendengar leteran isterinya itu kemudian bertindak memukul mangsa dengan seterika panas dan rotan.
“Selain itu, mangsa yang merupakan anak sulung daripada lima beradik turut mendakwa dicederakan ibunya yang menarik rambut dan menyepaknya berkali-kali,” katanya kepada pemberita di sini.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki, tangan dan hampir keseluruhan badan, kata Khalid.
Menurutnya mangsa yang kesakitan kemudian menceritakan kejadian itu kepada salah seorang rakan sekolahnya sebelum rakannya itu membawa mangsa ke Hospital Kelaboran untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata pihak hospital yang sangsi dengan keadaan mangsa yang kelihatan seperti didera kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis.
Khalid berkata polis kemudian menahan bapa mangsa untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
– BERNAMA

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah di kaki dan beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu bapanya, berpunca daripada tindakan pelajar itu mengecilkan saiz pakaian seragam sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Khalid Munap berkata kejadian di Kampung Geting dekat sini berlaku kira-kira 7 pagi ini ketika pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Geting sedang bersiap untuk ke sekolah.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, pada mulanya dia dimarahi ibunya ekoran tindakan mengecilkan uniform sekolah namun bapa pelajar terbabit yang bosan mendengar leteran isterinya itu kemudian bertindak memukul mangsa dengan seterika panas dan rotan.

“Selain itu, mangsa yang merupakan anak sulung daripada lima beradik turut mendakwa dicederakan ibunya yang menarik rambut dan menyepaknya berkali-kali,” katanya kepada pemberita di sini.

CCTV buktikan : anak 11 bulan didera amah, tidak sampai sejam ditinggalkan

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak kedua mereka berusia 11 bulan yang ditinggalkan bersama pembantu rumah selama sejam mengalami lebam-lebam di bahagian pipi, dahi dan belakang bahagian selepas pulang dari bersarapan di restoran berhampiran rumah di Bandar Damansara dua hari lalu.

Berang dengan insiden itu, pasangan itu menuntut penjelasan daripada pembantu rumah warga Filipina berusia 31 tahun, yang menafikan melakukan perbuatan itu.

Tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan, pasangan itu kemudian bertindak melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mereka.

 Berdasarkan rakaman CCTV, amah itu didapati mendera bayi dengan memukul tangan dan menolak muka dan badan bayi malang itu dinding dengan menggunakan tangannya.

Bayi koma didera

0

Category : umum

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Pek Ha menangis teresak-esak

0

Category : umum

KUALA LUMPUR – Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara.

Ketika berdiri di dalam kandang pesalah bagi mendengar keputusan yang dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini semalam, Azman Abdullah, Pek Ha, 41, dilihat beberapa kali mengesat air matanya.

Kanak-Kanak Perempuan 10 bulan Mati Akibat Didera

0

Category : Perlis

Kanak-Kanak Perempuan Mati Akibat Didera
KANGAR, 28 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.
Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
– BERNAMA

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.

Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

Suami dera, kurung isteri

0

Category : umum

JEDDAH: Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan (CIP) kini menyiasat dakwaan seorang wanita yang didera suaminya selepas polis membebaskan beliau daripada sebuah rumah yang menjadi kurungannya.

Lelaki tempatan itu yang dipercayai berusia 50-an tahun didakwa kerap memukul teruk muka dan tubuh isterinya yang berusia 45 tahun dan kemudian mengurungnya di rumah itu beberapa hari.

Derita empat tahun berakhir

0

Category : umum

KUANTAN – Penderitaan dua beradik yang mendakwa sering didera oleh ibu tiri mereka sejak empat tahun lalu berakhir apabila wanita berusia 40 tahun itu ditahan bersama suaminya di sebuah rumah di Jalan Gambang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, kejadian itu terbongkar pada pukul 2 petang apabila salah seorang mangsa meminta bantuan jiran selepas dia tidak tahan menjadi mangsa dera.

[ Online : 1011 hari. ]