Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Continue reading “Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid”

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar

bakar surau
Kesan dibakar

Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam – kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Continue reading “4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar”

‘Allah’ juga boleh diguna di WP, P. Pinang

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily. Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Mahfuz: Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu ‘Allah’

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, bukan sahaja kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan.

“Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah,” kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Continue reading “Mahfuz: Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu ‘Allah’”

Sebuah lagi gereja di Seremban jadi sasaran

Sebuah lagi gereja di Seremban – Gereja Grace Global Prayer – menjadi sasaran apabila kaca sebuah tingkapnya dipecahkan.

Ia merupakan rumah ibadat di Seremban yang disasarkan – selepas Gereja Sidang Injil Borneo yang pintunya terbakar akibat perbuatan orang yang tidak dikenali.

Menurut laporan, insiden di Gereja Grace Global Prayer yang terletak di Rasah itu, berlaku antara jam 6 petang Khamis dan petang Jumaat, ketika gereja itu kosong. Demikian satu berita dipetik dari edisi malaysiakini hari ini.

Kejadian itu disedari oleh anggota Gereja Grace Global Prayer – yang terletak di sudut barisan rumah kedai dua tingkat – yang tiba untuk bersembahyang dan mendapati kaca sebuah tingkapnya pecah.

Continue reading “Sebuah lagi gereja di Seremban jadi sasaran”

Putrajaya setuju perkataan Allah diguna di Sabah, S’wak

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

 
Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Continue reading “Putrajaya setuju perkataan Allah diguna di Sabah, S’wak”

25 kalimah larangan

SHAH ALAM – Orang bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat aduan berhubung perkara itu.

“Setakat ini (di Selangor) tiada individu disabitkan di bawah enakmen itu dan keadaan ini berkemungkinan ada aduan tetapi kita tidak cukup bukti untuk buat sabitkan kesalahan.

“Tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut dan kemukakan bukti jika ada menerima aduan mengenai penggunaan perkataan larangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009, di sini, semalam.

Continue reading “25 kalimah larangan”

Allah: Siapa pasung fikrah muslim?

Allah: Siapa pasung fikrah muslim?
Hasmi Hashim
Jan 13, 10
9:06am
Sebagai salah seorang panel forum ‘Allah: Siapa Punya?’ kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.
Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali pengunaan nama ‘Allah’ oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.
Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama ‘Allah’, tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.
Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, “mengapa jadi begini?”
Maksud beliau, mengapa dalam hal ini, kedapatan cendekiakawan, ahli akademik, ahli teologi bahkan ulama tidak menjadi jernih akal budinya berhubung isu yang dibincangkan.
Kita akui bahawa ‘pemegang fakta’ bukan bermakna ‘pemegang kebenaran’; sama halnya hujah wajar dijawab dengan hujah dan bukannya penglabelan.
Memang, saya tidak punya jawapan ringkas. Hanya yang dapat dirumuskan bahawa suasana malam itu mengingatkan ungkapan profesor Dr Tariq Ramadan kala memberikan syarahan awam bulan lalu di Kuala Lumpur bahawa ia adalah masalah pemikiran umat. Ia bukannya masalah Islam; apatah lagi masalah Illahi… bukan!
Tidak sekalipun saya cuba menolak Teks; sama ada a-Quran dan hadith, kala mana sekian banyak ayat al-Quran dipetik misalnya daripada surah Ali Imran (64), al-Ankabut (46) bahkan paling jelas, al-Hajj bermula ayat 39 sehingga 46.
Ayat-ayat, kaedah dan disiplin penafsiran juga sempat disentuh Dr Azwira. Saya kira, pada peringkat ini, adalah keanak-anakan sekali andai ada yang masih membebelkan bahawa umat harus merujuk kepada al-Quran dan hadith (yang diingatkan setiap khutbah Jumaat!) sedangkan memang sudah dilakukan seruan itu. Begitu juga rujukan terhadap qias dan ijma’ ulama.
Oleh kerana masalah ini adalah masalah umat, masalah pemikiran, tentang faham yang mendasarinya, maka saya dengan tegas sejak dari awal mengajak agar diteliti pengalaman Munshi Abdullah sebagai pengalaman dalam lingkungan sosio-budaya Melayu.
Apakah orang Melayu tidak punya pengalaman sejarah di atas isu serupa?
Apabila nama Munshi dibangkitkan, tuduhan, ejekan dan fitnah terhadap Munshi didendangkan semula. Paling tidak, tuduhan klise bahawa Munshi itu rapat dan terlalu memuja Barat, atau dalam bahasa hari ini dia pasti akan dituduh “agen Barat”.
Hubungan baik Munshi dengan sekian ramai orang Inggeris termasuk dengan Stamford Raffles mahupun dengan paderi Kristian yang bernama Thomsen dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan Melayu hari ini, seperti mana rasa tidak yakin diri di kalangan masyarakat Melaka kala Munshi masih hidup.
Antara lain, demi muaknya atas tuduhan (labelan) kepadanya, Munshi menuliskan: [D]an banyaklah orang menyatakan pekerjaan itu tiada baik, iaitu merosakkan agama adanya, maka apabila aku mendengar perkataan itu, tunduklah aku sambil keluar air mataku, serta berfikir: ‘Dari mana gerangannya datang bencana ini? Terlalu bodoh.’
Tohmah dan fitnah seperti ‘paderi Munshi’ tidak lain datangnya daripada orang yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja bodoh, tetapi penuh pula rasa curiga sebagai lambang tidak ada yakin diri ini.
Islam telah merungkaikannya di bawah makna ‘iman’ itu sendiri.
Membayangkan masalah sedemikian, Munshi menulis: [M]aka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu, bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.
Kebimbangan segelintir Muslim andai nama Allah itu disalah guna pihak bukan Islam bukan alasan bagi Muslim tidak memberikan hak dan keadilan kepada yang bukan Islam.
Bahkan Allah SWT jua mengingatkan bahawa Dia jualah yang berkuasa membinasakan kaum-kaum yang berdusta dan melakukan kerosakan seperti kaum Nabi Nuh dan ‘Aad, kaum Nabi Salih (Thamud), kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Musa dan penduduk Madyan.
Faktanya, Munshi meninggal dunia (di Jeddah pada 1854) sebagai seorang Muslim; pegangan agamanya tidak pernah goyang dan calar sepanjang beliau melakukan kerja terjemahan Injil, bahkan sepanjang hayatnya.
Begitu juga Thomsen. Dia juga orang alim bagi agamanya. Kealiman dan ketaatannya kepada Kristian sehingga menyebabkan beliau takut untuk menukar barang sepatah pun perkataan di dalam Injil. Dia mahukan Munshi menterjemah sepatah demi sepatah.
Munshi tidak setuju. Bagi Munshi, jalan bahasa Melayu berbeza dengan jalan bahasa Inggeris. Andai terjemahan secara literal (harfiah) seperti yang dimahukan oleh Thomsen, akan mengakibatkan maksud asal Injil akan tergelincir.
Contohnya diberikan Munshi sendiri pada halaman 201, ayat 28 dalam edisi ‘kitab Injil Tuan Thomsen’. Ayatnya berbunyi: Maka tatkala itu Simeon mengangkat anak ‘Isa itu pada tangannya lalu memuji Allah.
Menurut Munshi, jalan bahasa Melayu oleh Thomsen itu membayangkan bahawa Nabi Isa seolah-olah mempunyai anak, sedangkan kata Munshi, [M]aka dalam fahamku demikian kerana belum pernah aku mendengar dalam agama Islam, istimewa dalam agama Masehi, akan ‘Isa itu kahwin.
Secara tidak langsung, kerja terjemahan Injil, yang kemudiannya dikenali sebagai “Injil Melayu Melaka dan Singapura”, telah membuatkan keyakinan Munshi terhadap ajaran Islam semakin jelas.
Apa yang mengecewakannya, bukan kerja terjemahan itu. Munshi kecewa apabila begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh Thomsen, yang tidak mahu mendengar nasihatnya sebagai guru.
Di pihak Thomsen pula, beliau sangat takut untuk mengubah-ubah letak duduk perkataan daripada Injil versi King James kepada laras bahasa Melayu.
Begitu juga dengan penggunaan nama ‘Allah’. Bagi istilah ‘tuhan’ yang tidak merujuk kepada Tuhan yang disembah, maka telah dihilangkan satu huruf “lam”, menjadi bunyinya “Alah”, sementara bagi maksud Tuhan yang disembah, dikekalkan ejaan alif-lam-lam-ha dengan bunyinya “Allah”.
Perlu diingatkan bahawa Injil berkenaan dicetak dengan tulisan jawi. Barangkali kalau dilihat seperti mana hari ini, seperti kitab agama di sekolah-sekolah agama Islam negeri Johor. Kitab berkenaan dicetak puluhan kali, dan cetakan pertama di Melaka sebelum di Singapura.
Siapakah yang membeli dan membaca Injil dalam bahasa Melayu itu, kalau tidak kemudiannya dibaca oleh orang Melayu? Namun, tidak wujud kes yang dapat disahkan bahawa orang Melayu di Melaka atau Singapura, atau Johor, atau Riau (Sumatera) pada zaman itu misalnya yang menukar agama mereka kepada seorang Kristian.
Injil Melayu Melaka dan Singapura itu bukanlah Injil yang pertama kali diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Di Zaman Belanda, iaitu sebelum Inggeris menguasai Melaka, pemerintah Belanda telah mengarahkan seorang pegawai tingginya yang bernama Klinkert untuk menterjemah Injil dalam bahasa Melayu.
Kira-kira 150 tahun Munshi meninggalkan kita. Cendekiawan, ulama bahkan muslim keseluruhannya tidak boleh mengikuti jejak Vatican dalam kes (ahli sains) Galileo Galilei yang ditangkap, dipenjara dan diseksa hanya kerana orang pandai itu membuktikan bahawa bumi bukan titik tengah cakerawala seperti mana doktrin Kristian.
Hanya selepas seluruhnya hidup Galileo terseksa; selepas 350 tahun kemudiannya, pada 1992 barulah Vatican mengakui kesalahannya dan memohon maaf.
Arakian, darjat umat dan Melayu tidak akan termuliakan dengan fitnah yang diangkat sebagai ‘fakta’; samalah bahawa bahasa Melayu tidak akan jadi bahasa yang besar dan agung tanpa kesediaan menerima ilmu luar ke dalam bahasanya; termasuklah pengetahuan daripada kitab-kitab agama lain.
Dalam sekian banyak pertengkaran dan perbezaan, sedar tidak sedar kedua-dua orang alim itu, Munshi dan Thomsen, telah sama-sama memilih istilah ‘Allah’. Mereka sama-sama mengakuinya.
Hasmi Hashim, seorang pengkritik budaya dan penulis rencana, bergiat aktif bersama PKR.

Sebagai salah seorang panel forum ‘Allah: Siapa Punya?’ kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.

Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali pengunaan nama ‘Allah’ oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.

Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama ‘Allah’, tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.

Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, “mengapa jadi begini?”

Continue reading “Allah: Siapa pasung fikrah muslim?”

Isu ‘Allah’ usaha nyahislamkan bahasa Melayu

Setiap orang tahu ‘Allah’ bukan perkataan Melayu, akan tetapi tiada siapapun akan mempersoalkan seorang Melayu menggunakan kalimah itu bagi merujuk kepada Tuhan yang disembahnya kerana orang-orang Melayu adalah muslim.

Dan semua muslim dari segala bangsa memanggil-Nya dengan nama itu kerana itulah nama yang Dia tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia diseru oleh hamba-hamba-Nya.

Kita sebenarnya bercakap tentang ‘menamakan’ Tuhan; kita tidak boleh memberikannya nama yang salah.

Manusia biasa sekalipun akan marah sekiranya nama mereka atau gelaran yang diberikan tidak disebut dengan betul, apatah lagi sekiranya ia salah sama sekali.

Akan tetapi kenapa pula perlu kita memberikan nama kepada-Nya? Bukankah sepatutnya, sekiranya Dia pernah mentanzilkan apa-apa, nama-Nya, itulah yang sepatutnya diketahui dengan jelas dan pasti?

Continue reading “Isu ‘Allah’ usaha nyahislamkan bahasa Melayu”

Polis belum hubungi Herald atas dakwaan berniat tidak baik

Sidang pengarang Herald The Catholic Weekly belum disiasat polis berhubung aduan “mempunyai niat tidak baik” apabila menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu, kata editornya. “Polis belum kunjungi saya,” kata Lawrence Andrew kepada Malaysiakini hari ini, sambil menambah pihaknya juga belum menerima sebarang tuntutan daripada polis.

Beliau diminta mengulas aduan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terhadap mingguan Katholik itu, Jumaat lalu, selepas ia mengadakan demonstrasi membantah penggunaan nama Allah. Dalam aduannya, Naib Presiden PKPIM Abu Kasim Nur Azmi mendakwa terdapat unsur niat jahat (mala fide) dalam penggunaan kalimah Allah di penerbitan tersebut.

Herald mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarangnya menggunakan perkataan tersebut di mahkamah awal tahun lalu.

Pada 31 Disember lepas, mahkamah memutuskan media itu berhak menggunakan ‘Allah’ tetapi keputusan itu mencetuskan kontroversi luar biasa hingg kini.