Bakar Gereja: Menteri gagal bertindak awal jadi punca

0

Category : umum

 Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap  kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Hisham: 7 gereja sasaran cubaan bakar, vandalisme

0

Category : umum

Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.

“Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi pendidikan di bawah program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat Rawang hari ini.

Dalam insiden vandalisme di Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar,
kira-kira 10km dari Miri, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata hari ini.

Kalimah Allah – Nazri Bidas Mahathir

0

Category : umum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz,  menafikan dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaanlah yang membawa isu penggunaan kalimah Allah untuk diselesaikan di mahkamah.

Beliau berkata, Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam yang membawa isu tersebut ke mahkamah dan kerajaan tiada cara lain melainkan menyelesaikannya melalui jalan itu.

“Sebenarnya apa yang Mahathir kata tidak betul sebab yang membawanya adalah Pakiam,” katanya pada sidang media sempena program kempen kesihatan, bertempat di Dewan Kampung Buaia, di sini.

Menurutnya, tindakan kerajaan adalah betul dalam soal tersebut dan tidak mahu isu itu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.

Minta Katolik guna ‘Tuhan’

0

Category : umum

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyeru penganut agama Kristian Katolik negara ini agar menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dalam penerbitan akhbar mingguan mereka, Herald- Catholic Weekly.

Perhimpunan aman yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara semalam juga antara lain menuntut pemimpin Katolik tidak meneruskan niat menggunakan kalimah Allah.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Gerakan Bantah Penggunaan Kalimah Allah, mereka menegaskan bantahan ini diluahkan kerana bimbang kalimah Allah tersebut akan digunakan dengan maksud lain dari yang sudah muktamad dalam Islam.:

Selain itu, gerakan ini juga merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

Imam Masjid Negara sebak atas mimbar…

0

Category : umum

Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Berbeza dengan solat Jumaat sebelum ini, suara Tan Sri Ismail Muhammad kedengaran sebak dan terputus-putus dari mimbar masjid, di penghubung bacaan doa tersebut.

 Ismail membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjudul ‘Akidah benteng kekuatan ummah’.

Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 .

Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana “penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini”.

Gereja hangus dibaling bom petrol

0

Category : umum

gerejaSebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

PM arah tingkatkan keselamatan rumah ibadat

0

Category : umum

Perdana menteri mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat, susulan kejadian membakar sebuah gereja di tengah-tengah kontroversi isu ‘Allah’.

Datuk Seri Najib Razak turut mengutuk tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap dua insiden tersebut, satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Petaling Jaya.

Sementara itu ketua polis negara berkata polis akan meronda semua gereja di seluruh negara, khususnya di Lembah Kelang bagi menghalang kejadian yang tidak diingini.

Tan Sri Musa Hassan juga memberikan amaran tegas kepada mereka yang menyertai perhimpunan di beberapa buah masjid utama di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi membantah penggunaan kalimah Allah di penerbitan Katholik, lapor The Star.

Isu ‘Allah’ terus marak dengan demo

2

Category : umum

 Bantahan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.

Setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara Jumaat ini, sebuah lagi persatuan Islam berpengaruh, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan ‘Satu hati mempertahankan kesucian Islam’ diadakan selepas solat di Masjid Negara dan akan diketuai presidennya sendiri Jamaluddin Yusof.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada malam sebelumnya, Pekida juga merancang mengadakan solat hajat di Masjid Negara, tambah seorang pemimpinnya yang enggan dinamakan.

Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu ‘Allah’

0

Category : umum

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din – yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah ‘Allah’ boleh membawa kepada kekufuran – dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, ‘Allah menciptakan alam’, adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

“Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?” kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din

0

Category : umum

6328027BANGI – Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.

Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.

[ Online : 1011 hari. ]