KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) mencadangkan peragut yang diberkas didakwa di bawah kesalahan merompak dan bukannya mencuri bagi memastikan mereka dijatuhi hukuman yang lebih berat.
Naib Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, undang-undang yang sedia ada hanya mendakwa peragut di bawah kesalahan mencuri dan hukumannya lebih ringan.
“Sekiranya peragut didakwa di bawah kesalahan rompakan, ia akan membawa hukuman yang berat seperti tempoh penjara yang lebih lama dan sebatan yang boleh menghalang mereka daripada melakukan perkara sama,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ragut, Noriha Abdul Rahman di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. – Bernama


Kota Bahru : Cubaan nekad seorang peragut berbasikal bertopeng muka merampas beg tangan suri rumah dalam kereta di lampu isyarat Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam, berakhir apabila dia ditangkap dan dibelasah orang ramai yang mengejarnya




