Pas mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir

0

Category : Penang, pilihanraya, Politik

Calon Pas dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Mohd Salleh, 52, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi setelah mendapat 9,618 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai kerana serangan jantung.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tanggapan kononnya pakatan pembangkang dan PAS sendiri mempunyai masalah dalaman adalah tidak benar.

Katanya kemenangan Mohd Salleh juga menunjukkan bahawa trend pengundian pada 2008 masih wujud dalam masyarakat dan kekurangan bilangan pengundi yang keluar mengundi berpunca daripada tarikh pengundian pada hari bekerja.

Seramai 14,832 orang atau 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

[ Online : 1018 hari. ]