Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?

0

Category : Politik

Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.

Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.

Andaikata saya kata…“mara!!!” di Bagan Pinang

0

Category : pilihanraya

“Jika saya kata …mara… nescaya mereka mara tetapi memandadangkan strategi kita elakkan provokasi, saya kata kepada mereka (Pemuda PAS)…undur…maka mereka undur,” cerita Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kepada The Malaysian Insider.

Beliau menceritakan pendekatan yang beliau ambil dalam pilihan raya itu selepas berdepan dengan provokasi kasi para juru kempen Umno iaitu elakkan provokasi.

Bila puteri umno kepit peha

0

Category : pilihanraya

By Albanjari Abang baju merah tu tanya, ni apahal ambik2 gambar ni ! Kalau tak nak kena ambik gambar, dok rumah la..bang oi, peluk bini ka peluk puteri kaa..! Konpem tak dak sapa nak tangkap gambar !! Makan aiskrim lagi baguih dari layan bro nasik lemak ni..betul tak puteri ! Sodappp..!!

Kain rentang, Babi!!

5

Category : pilihanraya

Aku bila tengok gambar nie. Rasa malu sangat sebab guna gambar binatang 2 ekor tu tengah buat “kerja”. Mak cik/ kakak kat sebelah tu tak rasa malu ke?

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat

0

Category : pilihanraya

Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.
Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

Kemenangan Isa, bukan Umno

0

Category : pilihanraya

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

“Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

“Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar,” kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Calon tercalit tebus maruah UMNO-BN

0

Category : pilihanraya

Akhirnya, UMNO-BN berjaya menebus maruah dengan seorang calon yang tercalit imejnya, Mohd Isa Abdul Samad apabila menamatkan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008.  Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang.

UMNO tidak perlu berubah

0

Category : Politik

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Keganasan cemari hari pengundian

0

Category : pilihanraya

PORT DICKSON – Proses pengundian Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan beberapa insiden kekecohan yang memburukkan perjalanan pengundian semalam.

Pilihanraya kecil kali ini boleh dikatakan terburuk setakat ini dengan beberapa insiden bertikam lidah, provokasi sehingga berlaku serangan ke arah kumpulan lawan.

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah

0

Category : pilihanraya

Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

[ Online : 392 hari. ]