Bagan Pinang : Kronologi hari pengundian

0

Category : Negeri Sembilan, pilihanraya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi. Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi. Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Pas bersedia depani Dua lagi provokasi Umno

0

Category : pilihanraya

Demi merosakkan nama baik Pas di kalangan pengundi N31, akan ada dua aksi provokasi dijangka tersetus bermula malam ini sehingga esok. Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub lewat petang tadi berkata demikian,berdasarkan beberapa maklumat risikan dalam Umno sendiri. “Ianya (kumpulan itu) mungkin memakai baju Pas, menyertai konvoi liar menggunakan apa jua simbol Pas di kawasan kediaman; dengan laungan takbir dan sebagainya agar pengundi tempatan membenci Pas.”

Ketua Dewan Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi mendakwa, akan ada suatu surat Dewan Pemuda Pas yang palsu disebarkan, menggunakan tandatangannya.

“Surat palsu itu adalah fitnah, kononnya saya mengaku bersalah dan terpaksa membelakangkan Islam demi tunduk pada Dap yang anti Melayu.”

Pakatan mampu buat kejutan di Bagan Pinang?

0

Category : pilihanraya

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada hasil culaan yang dijalankan oleh PKR di semua daerah mengundi.

Ia termasuk culaan di kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina, kata ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh. Fauziah mengetuai jawatankuasa strategi dan culaan PKR untuk pilihanraya Kecil tersebut.

Menurut Fuziah, beliau bersama-sama jenteranya telah menjalankan culaan di semua lapan daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

PRK Bagan Pinang; Selepas 12 Tengahari

0

Category : pilihanraya

Sunday, 11 October 2009 12:53 :Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sehingga 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil Bagan Pinang terus meningkat dengan 46.5 peratus atau 4,220 pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing, membabitkan lapan pusat mengundi di 18 saluran.

Dalam perkembangan berkaitan, suasana di UPU Sua Betong, di Sekolah SJK (C) Ladang Sua Bentong agak lengang sejak jam 11.30 pagi tadi. Seorang anggota Polis berpakaian biasa melaporkan jumlah keluar mengundi disitu tidak lebih 150 orang.

Apa maknanya Kalau Isa Menang !?

0

Category : pilihanraya

Apa maknanya Kalau Isa Menang !?

Menjelang jam 5 petang ini, para pengundi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan membuat pilihan samada ada memilih ’rasuah’ atau ’maruah’.

Sekiranya, calon BN Tan Sri Isa Samad menang, ia akan menjadi satu kes ikutan ’precedent’ dimana, kejelekan dan kebobrokan ’rasuah politik’ atau kes ’politik wang’ dalam Umno/BN tidak lagi dianggap kotor dan hina.

Kereta juga jadi mangsa di Bagan Pinang

0

Category : Apa dah jadi, pilihanraya

TELOK KEMANG, 11 Okt: Bukan sahaja orang menjadi mangsa, kereta petugas PAS juga diconteng dalam tindakan Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin agresif melakukan provokasi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang.

Kereta Toyota Camry warna hijau milik Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik diconteng dengan semburan cat putih pada pintu hadapan sebelah kiri.Pintu kereta tersebut disembur dengan sejenis cat dengan tulisan.

SPR nafi undi pos tak ikut daftar pemilih

0

Category : pilihanraya

Okt 11, 09 11:06am  :Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan kononnya Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson tidak menggunakan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu pada 7 Oktober lalu semasa proses pengundian pos diadakan di kem tentera berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan Abdul Latif Baba berkata senarai pemilih yang dipamerkan oleh pihak tentera di papan pameran dewan pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung di situ adalah diatur oleh pihak tentera secara pentadbiran.

Pemuda Umno, apa dah jadi?? -Analisis

0

Category : pilihanraya

Selama 5 hari berkempen di Bagan Pinang banyak pengalaman baru yang ditempuh, kalau di Permatang Pasir keadaannya agak berbeza kerana kita mempertahankan kerusi kita, tetapi di Bagan Pinang kali ini kita berada dalam keadaan menyerang untuk merampas kerusi dari BN.

Dalam dua-dua keadaan pihak masing-masing berada dalam keadaan tertekan untuk merampas dan untuk mengekalkan kemenangan. Dalam pemerhatian saya hari pertama hingga ketiga kempen keadaan, masih tenang dan terkawal, namun setelah masuk hari ke 4 hingga sekarang suasana sudah mula nampak berbeza. Khususnya bagi Umno, jentera mereka dan ahli mereka dilihat begitu terdesak dengan asakan kempen PAS dan Pakatan yang mengambil pendekatan touching melalui ziarah rumah ke rumah.

Bagan Pinang gamit wakil rakyat baru

0

Category : pilihanraya

Selepas 19 bulan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang membuat pilihan memilih wakil mereka pada pilihan raya umum lalu, hari ini sekali lagi 13,664 pengundi di situ keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil.

Kedua-dua jentera parti bertanding yang bertungkus-lumus siang malam sejak lapan hari lalu telahpun melabuhkan tirai kempen mulai malam tadi dan yang tinggal sekarang hanyalah kuasa rakyat untuk memutuskan siapa bakal menggantikan Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia 4 September lalu.

35.7 peratus mengundi sehingga 11 pagi

0

Category : pilihanraya

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan ‘rasuah’ oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: “Jangan lupa dacing”.

[ Online : 1018 hari. ]