Muktahir – Bagan Pinang cemas pada jam 2 pagi !! Samseng merusuh ? Paling Muktahir !!

2

Category : pilihanraya

By MRK Albanjari

11 Okt: Markaz Induk PAS Bagan Pinang dan beberapa markaz lain di sini telah dikawal ketat oleh lebih 600 petugas Unit AMAL dan pemburu syahid. Angka sebenar ‘pengawal’ keselamatan yg bertugas mungkin mencecah 2 kali ganda dari angka tersebut. Suasana tempat yg berlaku di PD Marina Resort telah terkawal. Jalan Utama dibuka semula untuk semua kenderaan pada jam 3.15am.

Jam 2:30am
Suasana genting dan tegang di PD Marina Resort kini terkawal, dan rusuhan antara 2 penyokong kian dapat diredakan. Bloggers yang terperangkap di kawasan kejadian kini ialah Anaz, UmiAnni, dan 3 lagi bloggers lain dalam keadaan selamat. Foto ‘rusuhan’ kecil akan diuploadkan sebentar lagi. Suasana agak bahaya. Penyerang dimaklumkan bersenjatakan kayu panjang dan senjata tajam.

Undi pos: PAS buat laporan polis terhadap SPR

0

Category : pilihanraya

PORT DICKSON: PAS terus menjadikan isu pengundian pos sebagai isu utama apabila parti itu memfailkan satu laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mendakwa suruhanjaya berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail awal pagi tadi.

“Satu laporan polis telah dibuat, dalam isu ini kita mahu membina satu pemikiran bahawa terlalu banyak isu yang dipertikaikan dalam undi pos,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

279 orang Tinggalkan Umno

0

Category : pilihanraya

Seramai 279 orang ahli Umno dari Kampung Batu 4 Sirusa disini telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut dan menyertai Parti keadilan Rakyat (PKR) Majlis perisytiharan ‘keluar Umno’ dan penyerahan borang PKR itu telah diadakan dipentas ceramah Pakatan Rakyat bersama Ketua Umum PKR dato’ Seri Anwar Ibrahimn di Kampung tersebut

Antara mereka yang mengisytiharkan keluar dari UMNO adalah Ketua Kampung Sirusa, Encik Zainal, yang telah menjadi ahli Umno selama 15 tahun.

Anwar memulakan kempennya di Bagan Pinang sebaik pulang dari luar negeri, dengan bertemu dengan masyarakat India di Ladang Sua Betong petang semalam.

Tujuh ‘Dosa Besar’ Isa Samad

0

Category : pilihanraya

TELUK KEMANG – Tinggal 24 jam lagi untuk rakyat membuat perhitungan, sama ada memilih Zulkefly Mohamad Omar yang dikenali sebagai peribadi yang bersih.

Atau memilih seorang bekas Menteri Besar selama 22 tahun yang dipalitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah penyalahgunaan kuasa.

Berikut adalah beberapa pendedahan yang telahpun dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi langsung tidak dijawab oleh Tan Sri Mohd Isa Samad

Selepas Bagan Pinang ke Kota Seputeh, kata Azizan

0

Category : pilihanraya

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang, pilihan raya kecil akan diadakan di Kedah pula iaitu di Kota Seputeh.

“Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap di Taman Sri Rusa, dekat sini.

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

0

Category : pilihanraya

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

“Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka,” kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Tetak Pemuda Pas: Apa Kata Pemuda Umno Sebelum Kejadian

0

Category : pilihanraya

By misaimerah

Muhyidin Yasin Timbalan Presiden Umno , nafi Pemuda Umno bertindak samseng serang Markaz Pemuda Pas di Bagan Pinang dan tetak pemuda Pas walaupun kes serangan itu dah ada bukti.

Sinar harian 6 0kt 2009 (N5) mengiakan akan kebenaran apa yang terjadi pada 7-10- 09 itu. Ini apa yang diucapkan oleh anak Megat Junid iaitu Megat Firdouz Setiusaha Pemuda Kebangsaan Umno :
“Kami bersedia untuk bertindak balas lebih ganas jika polis gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pemuda berkempen menjaga keselamatan, tetapi falsafah orang kata’ kalau orang menjual, kami Pemuda tak segan dan tak silu untuk membelinya’

Poster kempen Pakatan rakyat yang kreatif

0

Category : pilihanraya

Jom pakat tengok poster..

Politik wang bukan rasuah, kata Isa Samad

0

Category : pilihanraya

“Politik wang bukan rasuah,” demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad .  Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.

“Saya bukan rasuah.  Ini ialah politik wang.  Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika.  Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti.  Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah,” kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.

Sokongan Masyarakat India Dijangka Meningkat

0

Category : pilihanraya

LADANG BRADWALL – Sokongan di kalangan masyarakat India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kepada Pakatan Rakyat tidak berubah bahkan dijangka akan menokok menjelang hari pengundian 11 Oktober, Ahad.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang aktivis Kelab Penyokong PAS Kaum India, ketika kunjungan Warta Bagan Pinag ke Ladang Bradwall petang semalam.

[ Online : 1011 hari. ]