SPR jangan serah kepada PM, desak PAS

0

Category : umum

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak tidak lagi merujuk draf persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada perdana menteri kerana ia boleh merosakkan imej badan itu dan menimbulkan kesangsian, kata PAS.

“Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan,” kata ketua penerangan parti itu Idris Ahmad.

“Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat perdana menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya.

“Kredibiliti SPR dan perdana menteri sebagai pegawai eksekutif dalam kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.”

Sebagai badan bebas, tambahnya, SPR harus mengemukakan terus sebarang draf atau dokumennya kepada Dewan Rakyat dan tidak wajar ia disalurkan terlebih awal kepada jemaah menteri untuk dipinda.

“SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap draf hanya perlu dilihat oleh ahli parlimen termasuk perdana menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke mesyuarat kabinet terlebih dahulu untuk diedit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pas mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir

0

Category : Penang, pilihanraya, Politik

Calon Pas dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Mohd Salleh, 52, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi setelah mendapat 9,618 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai kerana serangan jantung.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tanggapan kononnya pakatan pembangkang dan PAS sendiri mempunyai masalah dalaman adalah tidak benar.

Katanya kemenangan Mohd Salleh juga menunjukkan bahawa trend pengundian pada 2008 masih wujud dalam masyarakat dan kekurangan bilangan pengundi yang keluar mengundi berpunca daripada tarikh pengundian pada hari bekerja.

Seramai 14,832 orang atau 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

[ Online : 913 hari. ]