Skandal PKFZ:Bekas PM diheret masuk

0

Category : umum

Kedua-dua bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi diheret ke dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apabila mereka didakwa mengetahui apa yang berlaku dalam projek tersebut.

Pendedahan ini dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang ketika menghadap prosiding yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), menurut laporan PAC terhadap projek pembangunan PKFZ.

Laporan PAC : Kos tanah projek PKFZ 67% lebih tinggi dari biasa

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini melaporkan bahawa kos tanah bagi bagi setiap kaki persegi dalam projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) adalah RM41.76 iaitu 67 peratus lebih tinggi daripada harga RM25 yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Laporan itu menyatakan jika tanah bagi projek itu diperolehi mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960, kerajaan hanya perlu membelanjakan RM442.13 juta dan menjimatkan sejumlah RM645.87 juta.

Selain itu, pengenaan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun bagi bayaran balik tanah secara tertunda sebelum perjanjian jual beli ditandatangani oleh Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) Datin Paduka O.C Phang telah menyebabkan berlaku pengenaan caj dua kali terhadap kerajaan.

PKFZ: SPRM diminta siasat Chan Kong Choy, OC Phang

0

Category : umum

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Paduka O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Masa depan PKFZ semakin malap ( siri 1)

0

Category : Malaysiaku

Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan satu pasukan bertugas peringkat tertinggi (task force) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat kes penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) secara mendalam.  Antara tugas penting pasukan bertugas ini adalah untuk mengkaji halatuju pembangunan dan perkembangan PKFZ pada masa depan.

[ Online : 909 hari. ]