Anwar Akui PKR Sedang Hadapi Masalah

MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

“Ini masalah kita, ada pengajaran juga…sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam semalam.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Continue reading “Anwar Akui PKR Sedang Hadapi Masalah”

12 MP PKR ikrar setia tapi Zul, Wee hilang

Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.
Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Mereka menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.
Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).
Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.
Bagaimanapun, tiga lagi ahli parlimen PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut.
Mohsin telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini.
Ditanya mengapa ada ahli parlimen yang keluar parti, Kamarul berkata: “Mungkin ada tawar menawar, mungkin ada masalah peribadi yang tidak diluahkan kepada kami.

Rais sifatkan pelantikan Anwar sebagai gimik

KUALA KLAWANG- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor adalah sebagai satu gimik semata-mata.

Katanya negeri Selangor mempunyai ekonomi yang teguh, dan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh ‘survive’ dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru.

Continue reading “Rais sifatkan pelantikan Anwar sebagai gimik”

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

¬†Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

Continue reading “Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008”

Kes liwat antara punca Badrul keluar

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

 Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Continue reading “Kes liwat antara punca Badrul keluar”

Teori domino landa PKR

Teori domino landa PKR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.
Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.
Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.
Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman ‘cuti politik’ oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.
Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.
Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.
Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.
Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar ‘ribut dalam cawan’, apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.
Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.
Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.
Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.
Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.
Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.
Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.

Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.

Continue reading “Teori domino landa PKR”

Azmin kata dakwaan Zaid tak benar

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, tidak ada sesiapa pun menghalang mana-mana pemimpin PKR dari semenanjung termasuk Datuk Zaid Ibrahim daripada menghadiri program di Sabah.

Azmin juga mendesak Zaid agar segera menjelaskan kepada parti apa yang sebenarnya beliau maksudkan apabila berkata, Anwar Ibrahim menghalangnya ke Sabah.

Tambah Azmin, kepimpinan peringkat pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menghalang mana-mana pemimpin parti itu daripada menghadiri program di setiap negeri.

Continue reading “Azmin kata dakwaan Zaid tak benar”