KUALA LUMPUR, Nov 13 — Kegagalan polis mengesan penulis blog Raja Petra Kamarudin sekali lagi mendorong mahkamah melepaskan tanpa membebaskannya daripada satu tuduhan memfitnah — kali kedua dalam tempoh tiga hari.
Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat pagi tadi melepas tanpa membebaskan Raja Petra daripada tuduhan memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain kerana penyerahan waran tangkap terhadapnya tidak disempurnakan.
Keputusan itu juga dibuat disebabkan notis tunjuk sebab kepada penjamin iaitu isteri Raja Petra, Marina Lee, juga tidak dapat dilakukan, lapor Bernama.






