Permasalahan Qodho’ Puasa Ramadhan

Sumber : http://muslim.or.id

Yang dimaksud dengan qodho’ adalah mengerjakan suatu ibadah yang memiliki batasan waktu di luar waktunya.[1] Untuk khas orang sakit misalnya. Di bulan Ramadhan seseorang mengalami sakit berat sehingga tidak kuat berpuasa. Sesudah bulan Ramadhan dia mengganti puasanya tadi. Inilah yang disebut qodho’.

Orang yang Diberi Keringanan untuk Mengqodho’ Puasa

Ada beberapa golongan yang diberi keringanan atau diharuskan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan dan mesti mengqodho’ puasanya setelah lepas dari udzur, yaitu:

Pertama, orang yang sakit dan sakitnya memberatkan untuk puasa.

Kedua, seorang musafir dan ketika bersafar sulit untuk berpuasa atau sulit melakukan amalan kebajikan.

Ketiga, wanita yang mendapati haidh dan nifas.

Dalil golongan pertama dan kedua adalah firman Allah Ta’ala,

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.” (Qs. Al Baqarah: 185)

Dalil wanita haidh dan nifas adalah hadits dari ‘Aisyah, beliau mengatakan,

كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلاَ نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاَةِ.

“Kami dulu mengalami haidh. Kami diperintarkan untuk mengqodho puasa dan kami tidak diperintahkan untuk mengqodho’ shalat.”[3]

Continue reading “Permasalahan Qodho’ Puasa Ramadhan”

Kelebihan Bulan Syaadban

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang.. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:

“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Continue reading “Kelebihan Bulan Syaadban”

10 Wasiat Merawat Kehambaran Beribadah Selepas Ramadhan

Kebiasaannya apabila berada dalam bulan Ramadhan kita merasakan bersemangat untuk beribadah kepada Allah swt, lazat beribadah di dalamnya lain dari bulan yang lain, kita banyak membuat amalan sunat, membaca al-Quran, kita tidak meringan-ringankan solat dan berjaya menahan diri dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya apabila tamatnya Ramadhan, rasa lazat beribadah yang kita perolehi hilang entah kemana, kita tidak lagi bersemangat menunaikan amalan-amalan sunat, kemana perginya bacaaan al-Quran kita, solat sunat, memelihara lidah dan lain-lain ?

Di bawah ini mari kita kongsi bersama 10 wasiat daripada al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin, salah seorang ulama dari Kerajaan Arab Saudi untuk terus kekal beribadah walau selepas Ramadhan, saya olehkan semula dalam bahasa saya:

1. Yang terpenting ialah memohon pertolongan daripada Allah swt menghidayahkan ketetapan/kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadanya. Allah swt memuji orang-orang yang mendalam ilmunya yang berdoa dengan berkata:

Maksudnya : “Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami, setelah engkau mengurniakan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU, sesungguhnya engkaulah maha pemberi (kurnia).” (ALi Imran : 8)

2. Banyakkan bersama orang-orang soleh dan berusaha menghadiri majlis-majlis ilmu dan menziarahi orang-orang soleh

3. Berusaha mengetahui sirah orang-orang soleh dari pembacaan, mendengar rakaman-rakaman kuliah terutamanya sirah para sahabat Nabi saw.

4. Memperbanyakkan mendengar rakaman-rakaman islamiyah yang boleh memberi kesan kepada diri seperti khutbah dan seumapanya dari masa ke semasa.

5. Bersungguh-sungguh menunaikan semua kefardhuan seperti solat 5 waktu, dan menunaikan puasa qadha jika ada, kerana dalam melaksanakan kefardhuan ini adanya kelebihan yang besar.

6. Berusaha melakukan amalan sunat yang telah melekat di hati walaupun sedikit, kerana amalan yang lebih disukai oleh ALlah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit seperti yang dinyatakan di dalam hadith Nabi saw.

7. Berusaha menghafal ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Demikian juga berusaha membaca ayat-ayat yang dihafal itu di dalam solat-solat fardhu dan sunat.

8. Membanyakkan berzikir kepada Allah swt dan beristighfar, kerana sesungguhnya zikir dan istighfar ini adalah amalan kecil yang ada manfaat yang besar yang dapat menambah keimanan dan menguatkan hati.

9. Menjauhi sedaya mungkin semua yang boleh merosakkan hati seperti orang-orang jahat, rancangan-rancangan tv yang merosakkan, mendengar lagu yang merosakkan, dan majalah-majalah lucah.

10. Akhirnya al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin berwasiat untuk bersegera bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh, kerana sesungguh Allah amat gembira dengan hambanya apabila mereka bertaubat.

Janganlah anda semua jadi seperti kaum yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan, sesungguhnya al-Salaf al-Soleh berkata tentang orang-orang yang hanya mengenali Allah di dalam bulan Ramadhan: “Seburuk-buruk golongan ialah golongan yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan.” (sumber:islamonline.net)

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang soleh di dalam Ramadhan dan soleh juga di luar Ramadhan.

Fadhilat Bulan Ramadan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.”

LAILATUL QODAR TERLEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Oleh : Ust Sham

Kini kita berada dalam bulan ramadhan dan sedikit masa lagi kita akan menempuh sepuluh terakhir bulan ramadhan yang penuh dengan kelebihan dan keberkatan, sesungguhnya nabi kita bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh terakhir dengan beriktikaf di masjid.

Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini Allah telah mengkhaskan suatu pengkhususan yang tidak diperolihi pada bulan-bulan yang lain, padanya diturunkan Al-Quran, dan padanya jugalah diturunkan Injil kepada nabi Isa dan taurat kepada nabi musa. Padanya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan, pada malam tersebut diperintahkan jibril alaihissalam supaya diambil daripada lauh mahfuz Al-Quran lalu diturunkan sekaligus di Baitul izzah di langit yang pertama kemudian setelah itu diturunkannya ke dunia secara berangsur-angsur. Dan setelah mana sempurna penurunannya iaitu setelah berlalu masa dua puluh tiga tahun , maka nabi mula mengajar sahabat-sahabat tentang penyusunan kitab Al-Quran dan bacaannya sebagaimana yang kita lihat hari ini iaitu mula dengan surah Al-fatihah dan berakhir dengan surah Al-Naas.

Continue reading “LAILATUL QODAR TERLEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN”

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

>> LIHAT LANJUT

Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

Setiap kali masuk jer bulan puasa, ada jer org forward pasal hadis palsu ini:

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih. Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

>> LIHAT LANJUT