Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,” katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

“Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus,” kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

Continue reading “Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas”

Tragedi Aminulrasyid

Oleh – Abd Jalil Ali

Tanpa prejudis, Aminulrasyid Amzah memang telah melakukan satu kesalahan, dan patut dihukum. Pelajar berusia 14 tahun itu memandu sebuah kereta Proton Iswara, di Seksyen 11 Shah Alam, jam dua pagi, 26 April lalu. Kesalahannya ialah memandu tanpa lesen.

Bagaimana dia boleh mendapat kunci kenderaan milik kakaknya, itu tidak penting. Tidak penting juga untuk ditanyakan sama ada ini kali pertama atau kali ke berapa dia ‘mencuri-curi’ memandu. Atau, sama ada ibunya membenarkan dia keluar atau tidak di tengah-tengah malam buta itu.

Malah, tidak perlu pun dihujahkan apakah tujuan dia dan seorang rakan sebaya, Azamuddin, meninggalkan rumah? Atau bagaimana dia boleh berjaga hingga lewat malam sedangkan pagi esoknya dia sepatutnya bersekolah? Anggaplah semua soalan itu tidak relevan.

Hakikatnya ialah dia di bawah umur – baru 14 tahun – dan belum layak mendapatkan lesen memandu. Tidak kira kaya atau miskin, rakyat biasa atau rakyat atasan, orang kampung atau orang bandar, memandu tanpa lesen adalah satu kesalahan. Jangan persoalkan itu, sebab undang-undang tetap undang-undang.

Kalaulah tidak kerana tragedi lewat malam itu, orang kita selama ini memang tidak kisah sangat mengenai kesalahan memandu tanpa lesen. Masyarakat, khasnya sesetengah ibu bapa, bagaikan lepas tangan dan tutup mata, apabila membenarkan anak-anak memandu walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai lesen.

Continue reading “Tragedi Aminulrasyid”

Saksi utama kes Aminul dipanggil kali ke-3

Beliau turut diiringi seorang lagi peguam Latheefa Koya, rakan-rakannya dan wakil Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) sekolahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Surendran berkata kebanyakan soalan yang ditanya kepada saksi utama itu hanya mengulangi perkara yang telah ditanya sebelum ini.

Katanya, tindakan tersebut tidak diperlukan sedangkan Azamuddin telah tiga kali dirakamkan kenyataannya.

“Proses soal jawab itu profesional, bagaimanapun kita rasa ia sudah mencukupi. Apa yang pihak berkuasa patut lakukan sekarang? Mereka patut mendakwa pihak yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, polis telah merakamkan kenyataannya Azamuddin pada 28 April dan 2 Mei lalu, tambah peguam yang terkenal memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia itu.

Isnin lalu, Azamuddin tampil pertama kali dalam sidang media menceritakan pengalamannya berhubung insiden tragis melibatkan rakan sekolahnya itu.
Continue reading “Saksi utama kes Aminul dipanggil kali ke-3”

Ajal lepas minum

SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.

Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.

Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.

Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.

“Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.

“Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak,” katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini.

Continue reading “Ajal lepas minum”

Norsiah lantik Karpal bela kematian anaknya

Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.
“Perkara pertama ialah meninjau di lokasi kejadian,” kata Karpal pada sidang media bagi mengumumkan perlantikannya sebagai peguam keluarga itu.
Menurut Karpal, dia dilantik oleh keluarga tersebut oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada remaja berkenaan.
“Saya telah diminta bagi bertindak bagi pihak ibu Aminulrasyid berhubung semua perkara yang timbul akibat kematian anaknya, termasuk memulakan prosiding undang-undang – kedua-dua sivil dan juga jenayah – terhadap polis dan kerajaan,” katanya.

Norsiah lantik Karpal bela kematian anaknya Christine ChanMei 3, 104:39pm Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.

Continue reading “Norsiah lantik Karpal bela kematian anaknya”

Keluarga Aminulrasyid mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan

SHAH ALAM: Keluarga kepada remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lalu, mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai insiden berkenaan.
Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan, 45, yang bercakap bagi pihak keluarga itu berkata suruhanjaya itu diharap akan menjalankan siasatan secara bebas dan telus.
“Kami menghargai kesudian Menteri Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi memantau siasatan tersebut supaya penyiasatan dijalankan secara adil dan telus, tetapi kami berpendirian dan inginkan Suruhanjaya Diraja yang lebih meluas dan komprehensif,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 di sini hari ini.
Turut hadir ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad dan dua peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N Surendran dan Latheefa Koya.
Dalam kejadian pada 2 pagi Isnin lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sejauh enam kilometer dikatakan dipandu agak laju sebelum terbabas di Seksyen 11 itu.
Rakan remaja itu sempat melarikan diri.
Satu panel khas yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
Pelbagai pihak seperti Majlis Peguam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan polis dilaporkan mahu inkues dijalankan berhubung kes berkenaan.
Surendran berkata, keluarga itu mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan hasil siasatan dan cadangan hendaklah didedahkan kepada umum.
“Suruhanjaya diraja mempunyai kuasa amat luas dan ia boleh saman saksi dan membuat syor kepada kerajaan berhubung insiden itu,” katanya.

Siasatan kes remaja mati kena tembak telus, adil

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan siasatan insiden remaja 15 tahun yang mati ditembak anggotanya di Shah Alam, Isnin lalu, akan dilakukan dengan adil, telus dan tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata walaupun anggotanya yang terbabit dalam kejadian itu, tiada apa yang perlu disembunyikan daripada umum.

“Siasatan akan dikendalikan polis Selangor dengan pemantauan sepenuhnya Bukit Aman. Saya memberi jaminan siasatan akan dijalankan terperinci dari segenap sudut bagi memastikan keadilan kepada semua pihak terbabit.

“Kita (Bukit Aman) akan memantau siasatan… Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah menubuhkan panel khas sendiri… jadi tiada apa yang hendak disembunyikan, kita tidak akan sorok apa-apa.

“Kita akan siasat sama ada tindakan anggota polis (yang menembak remaja itu) mengikut prosedur ditetapkan,” katanya selepas merasmikan insignia baru dan penyerahan kenderaan kepada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, Cheras, semalam.

Beliau mengulas kenyataan ibu mangsa, Norsiah Mohamad, kelmarin, yang meminta siasatan kes anaknya dijalankan Bukit Aman.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan kes berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat ini, selepas polis mengambil keterangan saksi utamanya, iaitu rakan mangsa yang melarikan diri ketika insiden itu.

Continue reading “Siasatan kes remaja mati kena tembak telus, adil”

‘Anak saya tak terbabit jenayah’

SHAH ALAM: “Saya yang lahirkan dia, saya yang besarkan dia dan sekarang saya mahu membersihkan namanya pula,” rintih Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, di sini, kelmarin.

Beliau mendakwa anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak terbabit dalam aktiviti jenayah seperti dilaporkan media.

“Arwah Amirul seorang anak yang manja, tak mungkin dia terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya,” katanya pada sidang media berhubung kes itu di rumahnya, di sini, semalam.

Norsiah, seorang ibu tunggal sehubungan itu meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi mencari keadilan.
Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, yang hadir sama pada sidang media itu berharap kes itu dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.
“Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan,” katanya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini itu.

Continue reading “‘Anak saya tak terbabit jenayah’”