Rogol anak lahirkan 10 “cucu”

BUENOS AIRES: Seorang lelaki Argentina berusia 62 tahun ditangkap dan didakwa merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun dan menyebabkan anaknya itu melahirkan 10 anak, dalam kes yang “lebih teruk” daripada kes Josef Fritzl di Austria pada 2008, kata seorang hakim.

“Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu,” kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan. Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun. Tertuduh yang identitinya tidak dinyatakan, ditangkap Jun lalu kerana mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya itu yang kini berusia 43 tahun, melaporkan perbuatan beliau kepada polis walaupun diancam.

Wanita terbabit yang identitinya tidak dinyatakan, mendakwa beliau dipukul dan dirogol sejak berusia 13 di rumah keluarganya di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer ke utara Buenos Aires.

Palud berkata, perbuatan rogol itu menyebabkan wanita berkenaan mengandung dan melahirkan 10 anak yang kini berusia antara 7 dan 27 tahun dan hanya anak sulung yang mengetahui bahawa bapa dan datuknya adalah lelaki sama.

Continue reading “Rogol anak lahirkan 10 “cucu””

Tertekan jadi mangsa seks sejak usia 10 tahun

JASIN – Tidak tahan menanggung tekanan perasaan, seorang remaja yang menjadi mangsa seks bapa tirinya sejak empat tahun lalu nekad menceritakan perbuatan sumbang itu kepada ibunya.

Remaja berusia 14 tahun itu membongkar rahsia menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya selepas tertekan dengan kejadian yang menimpa.

Bapa tirinya berusia 65 tahun itu merupakan pemandu lori dan dikatakan jarang berada di rumah.

Bagaimanapun, dia akan melakukan perbuatan tersebut ketika isterinya keluar bekerja dan perbuatan itu berlaku sejak mangsa berumur 10 tahun lagi.

Sebaik sahaja perbuatan itu terbongkar, ibu remaja berkenaan terus membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Rambai dan suspek telah pun ditahan.

Continue reading “Tertekan jadi mangsa seks sejak usia 10 tahun”

Datuk nafsu haiwan

BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.

Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.

Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.

Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.

Continue reading “Datuk nafsu haiwan”

Wanita lari separuh bogel elak diperkosa 10 lelaki

GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.

Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.

“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.

“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.

Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.

Continue reading “Wanita lari separuh bogel elak diperkosa 10 lelaki”

Padah berkelah malam

IPOH: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga berkelah pada waktu malam di kawasan air terjun Ulu Licin, Beruas, mengundang padah apabila dia dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki termasuk seorang daripadanya kakitangan sebuah majlis daerah pada 29 April lalu.

Pelajar berusia 15 tahun itu, berasal dari bandar raya ini, dikatakan berkunjung ke kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11 malam dan sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 60 kilometer dari bandar raya ini bersama dua lagi saudara perempuannya serta tiga rakan lelaki dengan alasan bersuka ria. Difahamkan, mangsa berkunjung ke kawasan itu bersama teman lelakinya dan dua saudaranya bersama pasangan masing-masing. Ketua Polis Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai mandi di kawasan itu sebelum dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Ipoh, Isnin lalu, dan laporan kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

“Susulan laporan itu, polis menahan enam lelaki berusia 21 hingga 27 tahun termasuk seorang kakitangan majlis daerah, Rabu lalu, di beberapa lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Continue reading “Padah berkelah malam”

Perkosa rakan dalam kelas

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.

Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.
Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.
Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.
“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.
Continue reading “Perkosa rakan dalam kelas”

Pelatih kena rogol saman kolej RM5j

KOTA BHARU: Seorang pelatih jururawat yang dirogol di asrama kolej kejururawatan dekat Tanjung Mas di sini, Februari lalu, memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada kolej itu, semalam atas dakwaan cuai.

Dalam saman difailkan peguamnya, Mohd Zubairi Salleh, pelajar berusia 24 tahun itu menamakan pemilik kolej berkenaan, Masterskill (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, mangsa mendakwa kejadian rogol berlaku jam 8.15 pagi, 9 Februari lalu ketika plaintif yang juga pelajar Tahun Pertama Diploma Kejururawatan berada di sebuah bilik asrama kolej bersama lima rakannya, sebelum seorang lelaki tidak dikenali menceroboh asrama dan memasuki biliknya.
Penceroboh itu mencari pelajar bernama Serena namun apabila dimaklumkan tiada pelatih bernama demikian, lelaki terbabit keluar dari bilik itu. Mangsa kemudian menuju ke bilik air untuk mandi apabila tiba-tiba lelaki itu menolak pintu bilik air dan masuk ke dalam serta mengacukan pisau sebelum merogolnya.

Continue reading “Pelatih kena rogol saman kolej RM5j”

Remaja jadi hamba seks bapa 6 tahun

KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks, seorang remaja berusia 16 tahun memberanikan diri membuat laporan polis terhadap kezaliman bapa kandungnya di Kepong di sini, semalam.

Dalam laporannya, remaja itu mendakwa dirogol bapa kandungnya sejak berusia 10 tahun hingga mendatangkan trauma yang teruk, menyebabkan tumpuan kepada pelajaran terganggu dan mangsa terpaksa berhenti sekolah dua tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bertindak atas laporan berkenaan, seorang pemandu teksi berusia 40-an ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, bagi membantu siasatan.

Continue reading “Remaja jadi hamba seks bapa 6 tahun”

3 lelaki Afrika ditahan untuk siasatan kes rogol pelajar

PETALING JAYA: Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.

“Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis,” katanya.

 Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu adalah pelajar sebuah kolej swasta. – Bernama

Tubuh habuan abang

KUALA TERENGGANU: Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Begitulah nasib malang dilalui seorang gadis yang menjadi mangsa kerakusan abang kandungnya sejak usia sembilan tahun dan tragedi hitam itu terus berulang sehingga usianya menginjak 19 tahun.

Kerana bimbang dibunuh jika mendedahkan rahsia hubungan terlarang itu kepada ibu bapanya, dia terpaksa memendam penderitaan dan sehingga kini perbuatan jijik abang kandungnya itu masih tersimpan kemas.

Menceritakan semula detik hitam itu, gadis malang berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Tina berkata, dia tidak menyangka liku hidupnya begitu berat sehingga pernah terdetik membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Katanya, paling mengecewakan apabila lelaki yang disangka dapat membimbingnya kembali ke jalan benar rupa-rupanya seorang penagih dadah yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Apabila bersendirian saya jadi gelisah terbayangkan detik hitam dirogol teman lelaki yang berpura-pura mahu menolong, sebaliknya dia berniat jahat mempermainkan saya.

“Akibat tidak tahan sikap teman lelaki yang terbabit penyalahgunaan dadah serta memperlakukan saya seperti hamba seks, saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, tanpa berfikir panjang dia terus menurut kehendak bekas kekasihnya dan tiba-tiba dia memintanya berbincang dalam bilik atas alasan mahukan privasi.

Katanya, sebaik memasuki bilik berkenaan, dirinya seperti hilang ingatan akibat dipukau dan tidak tahu apa yang dilakukan sehinggalah tersedar daripada tidur kira-kira dua jam kemudian tanpa seurat benang dipercayai dirogol lelaki terbabit.

“Saya menangis sepuas hati ketika itu dan melihatkan keadaan itu dia berjanji bertanggungjawab jika berlaku apa-apa terhadap saya selepas itu.
“Namun apa yang mengecewakan, dia mengaku berbuat begitu disebabkan marah kerana saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya.

Tina berkata, jiwanya semakin resah apabila lima bulan kemudian dia mengalami perubahan ketara seperti tidak tahan bau ikan serta sering muntah dan pening kepala.

Dia berkata, selepas diberitahu ibu saudara dan mendapat maklumat daripada pembacaan barulah dia sedar dirinya hamil dan membuat pemeriksaan di hospital untuk pengesahan.

Continue reading “Tubuh habuan abang”