KUALA LUMPUR: Tragis apabila seorang gadis berusia 20 tahun diperlakukan bagai haiwan oleh tiga lelaki durjana yang memperkosanya bergilir-gilir sebelum aksi itu dirakam dan kini diedar secara meluas melalui telefon bimbit dengan judul ‘Kena Rogol’.
Lebih malang, bukan saja gadis terbabit yang juga graduan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengalami tekanan perasaan, malah perlakuan tiga lelaki berhati binatang itu turut menyebabkan seluruh anggota keluarganya kini menyisihkan diri daripada masyarakat kerana malu selepas aksi kejadian dipercayai berlaku Oktober tahun lalu, tersebar melalui telefon bimbit.
Kisah hitam gadis berkenaan didedahkan kenalannya hanya mahu dikenali sebagai Laili, 25, yang bersimpati, namun buntu untuk memujuk remaja terbabit membuat laporan polis. “Ketika pulang ke kampung di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya bercadang mengunjungi mangsa, namun dihalang anggota keluarganya yang tidak mahu anak gadis mereka diganggu. “Kerana tidak puas hati, saya bertanya kepada adik gadis itu sebelum ditunjukkan satu klip video selama dua minit di telefon bimbitnya menunjukkan aksi kakaknya ‘dikerjakan’ tiga lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, klip video itu tersebar di kampungnya menyebabkan anggota keluarga mangsa malu lalu mengasingkan diri dari masyarakat. “Dalam video terbabit, mangsa tanpa seurat benang dipaksa tiga lelaki melakukan seks dengan tangannya dipegang.






