Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik

KOTA BHARU : Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu.

“Memang hak kerajaan negeri. Menurut Tun Musa, bahawa perjanjian mengenai royalti minyak Kelantan itu adalah jelas.

“Bagi saya, kenyataan Tun Musa itu adalah satu pandangan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Bola Sepak Terbuka Kelantan di Padang Perdana di sini pagi semalam.

Tun Musa dalam wawancara yang disiarkan melalui Astro Awani menegaskan bahawa pembayaran wang royalti atau pun wang ehsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan Kelantan untuk diuruskan selaras peruntukan undang-undang yang ada.

Wang tersebut mesti dikendalikan kerajaan negeri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan jawatankuasa khas mengenainya.

Kerajaan Pusat melalui Pengerusi Perhubunga Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memberitahu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengagihan wang ehsan. Ekoran itu, kerajaan negeri Kelantan dijemput menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa itu namun ia ditolak oleh kerajaan negeri kerana tidak mengiktirafnya.

Kenyataan Tun Musa sekali lagi memberikan tekanan hebat terhadap Umno yang terus berkeras tidak mahu menyerahkan wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri dan mahu mengendalikannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang dibentuknya.

Continue reading “Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik”

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Continue reading “Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta”

Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?

By Subky Latif

TENGKU Razaleigh Hamzah, pengasas Petronas berpendapat bahawa negeri dan kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang dihasil di pesisir pantai negeri itu tidak kira berapa jauh ia ke tengah laut.

Kalau pun royalti itu diganti dengan wang ihsan, maka wang itu mesti dimasukkan ke dalam khazanah negeri. Tiada pihak lain yang boleh mentadbirnya.

Datuk Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabansa dan Industri dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan berkeras mengatakan negeri Kelantan tidak berhak atas royalti itu kerana telaga minyak yang beroperasi adalah di luar kawasan tiga batu nautika dengan pantai negeri itu.

Menteri itu kebetulan anak Kelantan telah menjadi jurucakap kerajaan pusat dan Petronas sedang dia tidak ada kena mengena dengan urusan pengeluaran minyak. Kementeriannya tidak menjaga urusan pengeluaran minyak dan dia tidak ada apa-apa kedudukan dalam Petronas.

Orang yang boleh bercakap tentang perkara itu ialah Perdana Menteri dan Timbalannya serta Pengerusi Petronas. Jika ganti royalti itu adalah wang ihsan, maka orang-orang tadi yang layak bercakap dan cara mana wang ihsan itu hendak digunakan.

Cakap orang lain adalah tidak rasmi.

Ada pun Tengku Razaleigh adalah pengasas Petronas dan orang yang bertanggungjawab merangka merangka polisi dan operasinya. Ketika itu mungkin Mustafa Mohamad belum menyambung pelajaran ke Australia.

Continue reading “Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?”

Saya hadir atas jemputan NGO, mahu tunai amanah Tun Razak: Ku Li

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan Pas.

Malah, beliau menegaskan kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.

“Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong Pas…tidak…saya ahli Umno.

 “Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan.

“Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam temubual khas berhubung isu royalti minyak Kelantan di sini hari ini.

Continue reading “Saya hadir atas jemputan NGO, mahu tunai amanah Tun Razak: Ku Li”

Keberanian Ku Li mendahulukan rakyat

 Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah berbeza pandangan dengan kepimpinan Umno dalam isu royalti minyak berpunca dari dasar dan amalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak bersifat pro-rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Keberanian Ku Li mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan (pimpinan Najib) adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat,” katanya.

Kerajaan Najib menafikan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan dan meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan sahaja kepada Terengganu yang waktu itu ditadbir oleh kerajaan PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebagai tindakan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang, Mahfuz melihat tindakan Razaleigh hakikatnya mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan.

Continue reading “Keberanian Ku Li mendahulukan rakyat”

Royalti minyak : UMNO kaji tindakan ucapan Ku Li

UMNO sedang dalam proses untuk mengkaji ucapan yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semasa perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu. Ucapan daripada ahli parlimen Gua Musang itu masih belum diterima dan tindakan yang akan diambil masih belum boleh ditentukan.

“Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya,” kata Najib. Beliau turut memaklumkan parti akan membincangkan dengan lebih lanjut bentuk tindakan yang akan diambil.

“Apa yang berhubung dengan rakyat kelantan, kita akan bagi. Kita tak lari daripada tanggungjawab kita. Tapi kita mesti buat apa-apa berdasarkan perlembagaan,” katanya lagi. Selain itu, beliau turut menolak dakwaan pembangkang yang cuba memanipulasi isu serangan ke atas rumah ibadat dengan UMNO.

Continue reading “Royalti minyak : UMNO kaji tindakan ucapan Ku Li”

Tuntuan Royalti Minyak Kelantan Tidak Akan Dilayan

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu itu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan, demikian dinyatakan di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Continue reading “Tuntuan Royalti Minyak Kelantan Tidak Akan Dilayan”

Royalti: PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974

PAS mencabar Kerajaan Persekutuan merujuk isu royalti petroleum kepada bekas ketua hakin negara, Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petroleum 1974 sewaktu menjadi peguamcara negara dan Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan menteri kewangan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut meminta supaya permohonan kerajaan Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu segera dibuka dan perbicaraan yang adil dan telus dilaksanakan, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Continue reading “Royalti: PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974”

Royalti minyak kelantan, insuran bakal gegarkan dewan

Oleh Mohd Zuharman

Isu tuntutan royalti minyak Kelantan dan kenaikan insuran kenderaan akan menjadi dua usul utama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam sidang Dewan Parlimen yang akan berlangsung pada 19 Oktober nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berharap setiap soalan berhubung perkara tersebut akan mendapat jawapan yang konkrit dari pihak kerajaan agar rakyat berpuas hati dan tidak celaru terhadap perkara yang berbangkit.

Continue reading “Royalti minyak kelantan, insuran bakal gegarkan dewan”