Tanggungjawab suami uruskan rumah?

Tanggungjawab suami uruskan rumah
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)

SOALAN:

Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Jika isteri melakukan semua itu, ia berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah. Kewajipan isteri, menurutnya, hanya taat dan menyerah diri kepada suami bagi memuaskan kehendaknya serta tinggal dalam rumah dan tidak boleh keluar tanpa izin.

Soalan saya, benarkah pendapat ini? Setahu saya apa yang disebutkan itu bertentangan dengan amalan dalam masyarakat Melayu hari ini. Saya harap tuan jelaskan kewajipan sebenar suami, isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. – SALMIAH, Seksyen 14, Petaling Jaya.

JAWAPAN:
Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.

Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.

Continue reading “Tanggungjawab suami uruskan rumah?”

Enam tahun derita batin

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.

“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

Continue reading “Enam tahun derita batin”

Balik ‘disambut’ kekasih suami

KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.

Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.

“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.

Continue reading “Balik ‘disambut’ kekasih suami”

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Dana RM15 Juta Bantu Bayar Nafkah Isteri

Dana RM15 Juta Bantu Bayar Nafkah Isteri
Bayaran Pendahuluan Kepada Yang Dapat Perintah Mahkamah
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk membantu isteri-isteri yang dalam proses perceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami.
Menurutnya, insentif itu diberikan supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan baik dan tidak diabaikan.
“Kadang-kadang para suami tidak mahu bagi nafkah selagi kes perceraian tak diputuskan oleh mahkamah.
“Jadi kita bagi bantuan ini untuk isteri dan anak-anak untuk mereka membiayai perbelanjaan harian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini hari ini.
Jamil berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada masa ini sedang mengagih-agihkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di seluruh negara dan dijangka dapat mula diedarkan dalam masa terdekat.
“Ada negeri-negeri yang sudahpun mula memberikan pinjaman tersebut dengan modal sebanyak RM100,000, dan peruntukan yang baru diluluskan itu bakal menambah modal sedia ada,” ujarnya.
Beliau turut menyarankan agar JKSM menjalankan kutipan pinjaman tersebut dengan cekap supaya tabung itu nanti tidak akan kehabisan duit dan bantuan dapat dihulurkan kepada pihak yang memerlukan.
Sementara itu dalam ucapannya, Jamil berkata kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji dari Malaysia.
“Kita harap masalah ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang,” ujarnya.
Katanya, pada masa ini kuota untuk menunaikan haji telah penuh sehingga tahun 2020.
“Sekarang Lembaga Tabung Haji ada 4.7 juta ahli. Kita bukan sahaja mahu menambahkan ahli tetapi juga menambahkan kekuatan untuk menjana dividen dan bonus sebagai pulangan kepada pendeposit dan jemaah haji,” katanya.

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk membantu isteri-isteri yang dalam proses perceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami.

Menurutnya, insentif itu diberikan supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan baik dan tidak diabaikan.

“Kadang-kadang para suami tidak mahu bagi nafkah selagi kes perceraian tak diputuskan oleh mahkamah.

Continue reading “Dana RM15 Juta Bantu Bayar Nafkah Isteri”

Untuk hasilkan rumah tangga bahagia suami mesti pandai Mendidik Isteri

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan.

Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud:

 “lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Continue reading “Untuk hasilkan rumah tangga bahagia suami mesti pandai Mendidik Isteri”

Pengalaman indah bersalin di dalam air

by Dewani Abbas

Singapura: Ibu muda lahirkan anak pertama secara semula jadi tanpa berasa sakit kerana air hangat bertindak sebagai ‘kusyen’

CIK Sakinah Mahpool adalah seorang wanita yang sangat takut dengan rasa sakit. Ingatan kepada suntikan pun akan membuatnya berasa bimbang dan cemas.

Maka itu, apabila beliau menghamilkan anak sulungnya awal tahun ini, perasaan itu turut mencengkam jiwanya. Beliau takut akan berasa sangat sakit ketika melahirkan bayinya nanti.

Continue reading “Pengalaman indah bersalin di dalam air”

Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri untuk mengecapi kebahagiaan rumahtangga.
Walaubagaimanapun, apa yang penting ialah sebagai seorang Muslim, suami dan isteri bukan hanya perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencapai kebahagiaan rumahtangga sebaliknya berusaha melaksanakan lain-lain kewajipan yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Isteri tak dapat tonton drama tuntut cerai

MUMBAI: Seorang wanita India mendapat kelulusan mahkamah untuk bercerai atas alasan suaminya enggan membenarkan beliau menonton rancangan drama bersiri televisyen kegemarannya.

Pendirian suaminya itu menyebabkan pasangan di Pube, tenggara Mumbai, bergaduh hampir setiap hari sehingga si isteri memfailkan saman terhadap suami, lapor akhbar.

Rancangan drama bersiri mempunyai ramai pengikut di India, terutama suri rumah atau wanita yangbekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim sebuah mahkamah keluarga berkata, lelaki terbabit sering mencetuskan pergaduhan dengan isterinya sejak lebih empat tahun lalu hanya disebabkan si isteri gemar menonton satu siri drama Hindi melalui televisyen.

Continue reading “Isteri tak dapat tonton drama tuntut cerai”

Mohon sah rujuk isteri dah meninggal

Mohon sah rujuk
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
HULU LANGAT: Keliru dengan tindakan isteri berkahwin dengan lelaki lain ketika masih mempunyai suami, seorang lelaki semalam memfailkan permohonan pengesahan rujuk yang dibuatnya dengan wanita berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, walaupun isterinya sudah meninggal dunia, dua tahun lalu.
Mohamad Fuzi Sulaiman, 60, mendakwa dia dan Noraini Abu Bakar, 53, masih pasangan suami isteri yang sah selepas mereka merujuk semula sehari selepas bercerai pada 1984.
Berikutan itu, Mohamad Fuzi memfailkan permohonan merujuk dengan Allahyarham Noraini pada Mei tahun lalu dan kes itu didengar di mahkamah semalam yang menetapkan 23 November ini untuk keputusan permohonan itu.
Terdahulu dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Mohd Fazil Hasan, peguam syarie Norazmi Mohd Arif yang mewakili Mohamad Fuzi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memasukkan hujah tambahan berhubung nas undang-undang berkaitan kes sedemikian pada 9 November lalu.
Mohamad Fuzi bernikah dengan Noraini pada 1976 dan dikurniakan empat anak perempuan berusia 26 hingga 32 tahun, sebelum mereka bercerai pada 2 November 1984, tetapi rujuk semula pada keesokan harinya.
Pasangan itu tinggal berasingan pada 2001 walaupun masih bergelar suami isteri.
Bagaimanapun, wanita berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis didakwa bernikah kali kedua pada 2001 dengan seorang lelaki lain sebelum meninggal dunia pada 2007.
Mohamad Fuzi mendakwa dia tidak pernah dipanggil ke mana-mana mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai dan terkejut apabila isterinya mempunyai surat perceraian sedangkan mereka rujuk kembali dan hidup sebagai suami isteri sehingga 2001.
Sementara itu, anak sulungnya, Mimi Sophia mendakwa, pihaknya sudah membuat siasatan terhadap surat cerai yang didakwa dimiliki arwah ibunya dan mendapati ia meragukan.
Katanya, ini kerana seorang daripada saksi yang dicatatkan dalam surat cerai itu menafikan dia pernah menandatangani borang berkenaan.
Norazmi ketika ditemui berkata, jika berjaya dalam permohonan itu, pihaknya akan mengemukakan permohonan faraq nikah (membatalkan pernikahan) Noraini dengan suami barunya.

HULU LANGAT: Keliru dengan tindakan isteri berkahwin dengan lelaki lain ketika masih mempunyai suami, seorang lelaki semalam memfailkan permohonan pengesahan rujuk yang dibuatnya dengan wanita berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, walaupun isterinya sudah meninggal dunia, dua tahun lalu.

Mohamad Fuzi Sulaiman, 60, mendakwa dia dan Noraini Abu Bakar, 53, masih pasangan suami isteri yang sah selepas mereka merujuk semula sehari selepas bercerai pada 1984.

Continue reading “Mohon sah rujuk isteri dah meninggal”