Abdul Rahman bin ‘Auf radhiallahu ‘anh

1

Category : Agama

Saudagar Yang Berniaga Dengan Allah

Saidina Abdurrahman bin ‘Auf ra termasuk dalam kelompok delapan orang yang mula-mula memeluk Islam; termasuk dalam kelompok sepuluh yang diberi khabar gembira oleh Rasulullah SAW masuk syurga; termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah (sebagai formatur) dalam pemilihan khalifah sesudah ‘Umar bin Khattab al-Faruq; dan seorang mufti yang dipercayai Rasulullah berfatwa di Madinah selagi beliau masih hidup di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin.

Namanya pada masa jahiliyah ialah ‘Abd ‘Amr. Setelah masuk Islam, Rasulullah memanggilnya Abdurrahman. Itulah beliau Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman bin ‘Auf masuk Islam sebelum Rasulullah masuk ke rumah Al-Arqam, yaitu dua hari sesudah Abu Bakar Shiddiq masuk Islam.

Sama halnya dengan kelompok kaum muslimin yang pertama-tama masuk Islam, Abdurrahman pun tidak luput dari penyiksaan dan tekanan kaum kafir Quraisy. Tetapi beliau sabar dan tetap sabar. Pendiriannya teguh dan senantiasa teguh. Beliau menghindar dari kekejaman kaum kafir Quraisy, tetapi selalu setia dan patuh membenarkan risalah Muhammad SAW. Kemudian beliau turut berhijrah ke Habsyah bersama-sama kawan se-iman untuk menyelamatkan diri dan agama dari tekanan kaum kafir Quraisy yang senantiasa menzalimi mereka.

Siti Khadijah Inspirasi Setiap Wanita Mukmin

3

Category : Agama

Menurut riwayat sejarawan-Ibn al-Athir dan Ibn Hisyam-Khadijah adalah seorang peniagawati yang mengupah kaum lelaki memperniagakan harta dan barangannya. Apabila beliau mendengar nama Muhammad seorang yang dikenali jujur, beramanah, berakhlak mulia, dia menawarkan supaya diperdagangkan hartanya itu ke negeri Syam (Syria) dengan upah yang lebih tinggi .

Muhammad dibantu oleh Maisarah, (budak suruhan Khadijah) . Dalam perniagaan ini Muhammad membawa keuntungan besar. Lebih dari itu Maisarah membawa berita tentang akhlak mulia Muhammad yang cukup dikagumi kepada puannya.

Khadijah menjadi lebih kagum dengan sifat amanah dan keberkatan yang dibawa Muhamma. Dia menawarkan dirinya untuk disunting Muhammad melalui kawannya Nafisah. Lamaran itu diterima oleh Muhammad. Lalu Muhammad meminta supaya bapa-bapa saudaranya menghubungi bapa saudara Khadijah, Umar Ibn Asad melamar Muhammad. Kemudian mereka berkahwin.Sebelwn ini Khadijah sudah dua kali berkahwin iaitu ‘Atiq al-Tamimi dan Abu Halah al-Tamimi(lihat,al-Buti 1999:52).

Khadijah binti Khuwailid contoh ibu mithali Muslim

0

Category : Agama

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah

SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.

Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid antaranya:

Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah binti Khuwailid dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Amru bin Ash Menakluki Romawi di Mesir

0

Category : Agama

Untuk membuka negeri Mesir, Khalifah Umar Bin Khattab ra. Mengirim pasukan perang yang dipimpin oleh Amru bin Ash ra. Setelah melakukan perjalanan panjang akhirnya tibalah pasukan kaum muslimin di Mesir. Panglima Amri bin Ash membangun markasnya di dekat benteng pasukan Romawi yang saat itu menjajah Mesir.

Suatu hari Panglima Romawi mengirim utusan untuk menemui Panglima Amru bin Ash. Utusan itu menyampaikan pesan bahwa panglimanya mengundang Amru bin Ash untuk berunding.

Panglima Romawi sudah sepakat dengan seluruh pasukannya hendak membunuh Amru bin Ash, pada saat Amru hendak kembali pulang ke markasnya. Beberapa tentara telah bersiap di atas benteng. Begitu Amru keluar dari benteng usai perundingan, mereka akan menghujaninya dengan batu.

Amru bin Ash memenuhi undangan itu dan menemui panglima Romawi. Lalu mengadakan perundingan dengannya. Karena tidak menemui kesepakatan Amru minta diri. Ketika ia berjalan untuk keluar benteng, sudut matanya menangkap gerakan aneh di atas benteng. Ia mendapat firasat yang tidak baik. Otaknya langsung bergerak cepat. Ia mendapatkan jalan keluar. Ia pura-pura mengingat sesuatu lalu kembali menemui panglima Romawi, dan berkata,

Riwayat hidup Khadijah binti Khuwailid

0

Category : Agama

By nirma.wordpress.com

* Bahwa Khadijah mendapat pemeliharaan dan bimbingan langsung dari Allah sepanjang  hidupnya. Allah yg mengarahkan  Khadijah untuk menjadi teman hidup Rasulullah. Allah pula yang memunculkan tekad dihatinya untuk senantiasa membela, membangkitkan tekad, dan mengobarkan semangat suaminya. Allah yang menganugerahkan kepadanya akal yang cerdas dan akhlak yg mulia. Allah pula yang menjaganya dari segala cela, sehingga penduduk Mekkah menjulukinya dengan ‘wanita suci’.

* Khadijah ditakdirkan utk mengelola sendiri urusan-urusan perdagangannya agar ia belajar utk bersabar dan bersikap tegas dalam mengambil keputusan. Pengalaman itu menjadikan Khadijah tdk pernah kehilangan semangat serta tdk pernah ragu mengorbankan harta dan jiwa raganya utk membela agama Islam. Ia tetap tegar dan imannya tidak pernah goyah.

* Dlm membantu Rasulullah, ada kalanya Khadijah menggunakan pikiran yang cerdik, tetapi ada kalanya ia mencurahkan kasih sayang seorang ibu atau cinta seorang istri. Dihadapinya semua tantangan dengan keberanian dan keteguhan hati. Tak pernah ia gentar maupun gusar. Ia selalu tenang dan sabar.

Mengenang Kesetiaan Abu Bakar di Jabal Tsur

0

Category : Agama

Posted by Marshmallow

Jabal Tsur

Jabal Tsur

Saat Islam telah semakin menyebar, kaum kafir Quraisy di Mekah kian merasa kuatir. Mereka menghalangi Rasulullah dan pengikut beliau untuk menyebarkan ajaran Islam lebih luas lagi, sehingga para pembesar Quraisy pada akhirnya menjanjikan hadiah ratusan ekor unta bagi siapa saja yang berhasil membunuh Nabi.

Suatu malam Rasulullah melarikan diri bersama Abu Bakar saat rumah beliau telah dikepung. Tujuan: hijrah ke Madinah. Atas izin Allah, Rasulullah meniupkan pasir yang membuat para pengepung tertidur sehingga mereka dapat melarikan diri tanpa ketahuan. Ali bin Abi Thalib menggantikan posisi beliau di tempat tidur untuk mengelirukan.

Rasulullah dan Abu Bakar melarikan diri ke Bukit Tsur. Bukit ini begitu tinggi dan agak sukar didaki. Saat berada di puncaknya, keduanya bersembunyi di dalam salah sebuah gua yang disebut Gua Tsur. Di dalam ruangan yang sedemikian sempit banyak terdapat binatang berbisa yang keluar dari lubang-lubang di dinding batunya. Maka Abu Bakar menuntup lubang-lubang tersebut dengan batu. Namun masih ada lubang yang tak tertutup, yang kemudian ditutup oleh Abu Bakar dengan telapak tangan dan kakinya sendiri.

Kisah keislaman umar Al-Khattab (cara umar memeluk ugama Islam)

2

Category : Agama

Umar berjalan dilorong-lorong mundar-mandir sambil membawa pedang yang entah berapa banyak nyawa disembelihnya. wajahnya nampak bengis. hampir selalu dia begitu dan rakyat kota sudah maklum dengan perangai beliau yang perongos, garang dan tak tahu maksud takut. dalam langkah2 beliau, seorang manusia yang menyapa beliau, “hai umar, apa yang kau cari?”

Dengan suara hampir memekik nada benci beliau menjawab, “muhammad! aku mahu cari muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!”

Lelaki itu membalas, “hai umar, dari kau cari muhammad yang entah berada di mana, lebih baik kau pergi ke rumah adik kandung kau sendiri. dengarnya, dia sudah mengikut ajaran muhammad”.

Merah telinga umar mendengar jawapan itu. dia tak menjawab. mata pedangnya lebih pandai mengatur ayat dari lidahnya. kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, pengikut muhammad. muhammad yang paling dia benci.

Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga

0

Category : Agama

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadiets.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain

1

Category : Agama

By khalid samad

 Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds.
Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut .

Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian.

Benarkah Sayyidina Umar Membunuh Anak Perempuannya ?

4

Category : Agama

Oleh : Ustaz Muhammad Asri bin Yusuf

Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas di dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a. yang kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51.

Terbaru sekali ialah dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah, satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan Bestari (Harakah, 18 Dis 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama Ilham (Harakah, 30 Nov 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam(terutamanya syiah) tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memmburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. sebagai sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahl as-Sunnah wal Jama’ah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya.

[ Online : 1845 hari. ]