Oleh : Ustaz Muhammad Asri bin Yusuf
Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas di dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a. yang kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51.
Terbaru sekali ialah dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah, satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan Bestari (Harakah, 18 Dis 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama Ilham (Harakah, 30 Nov 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.
Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memmburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. sebagai sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.
Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahl as-Sunnah wal Jama’ah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya.

Abu Bakar as-Siddiq (bahasa Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.




