Seni bina rumah melayu tradisional & gambar rumah tradisional mengikut negeri

2

Category : warisan

Senibina rumah tradirional kelantan

Senibina rumah tradirional kelantan. Gambar :Wan Burhanuddin, USM

 PENGENALAN
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mrk yg sgt erat dengan alam sekitar.  Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.  Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang @ berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.  Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. • Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times) 

 BUMBUNG
• Semua ngri di M’sia, rumah Melayu tradisional t’diri dr rumah bumbung ttp slps kdtgn penjajah ia berubah btk kpd btk limas @ bumbung belanda • Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong utk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata @ leper) • Bahan yg digunakan utk mhasilkan bumbung juga sesuai dgn cuaca dan teknologi pd masa itu. • Sepjg tepian hjg bumbung pula selalu dipasang cucur atap @ papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masy melayu. 

 

Senibina rumah tradisional Selanggor

0

Category : warisan

Rumah Tradisi Selanggor

Rumah Tradisi Selanggor

Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.

Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa. Rumah ini tidak mempunyai selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain.

Rumah Melayu tradisional

0

Category : warisan

RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-Rumah Tradisional

0

Category : warisan

Warisan seni bina sesuatu kaum atau bangsa merupakan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya kehidupan.

Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara harus berpaksi kepada warisan silam bagi menjamin kesinambungan kehidupan agar nilai budaya dan keseimbangan alam persekitaran dapat diwariskan dari generasi ke generasi.

Buku ini memuatkan hasil kerja Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia yang menjadikan dokumentasi warisan intelek seni bina nusantara sebagai fokus utamanya.

[ Online : 1896 hari. ]